Biji Kolestrol Dan Langkah Pencegahan Dimuka
Kongsi

Biji kolestrol boleh muncul di muka apabila ada lebihan kolestrol pada badan. Badan mempunyai sistem perkumuhan tersendiri namun, jika bahan kumuh terlalu banyak, ia akan keluar melalui kulit untuk memberi tanda bahawa anda patut mencegah bahan makanan yang mengandungi kolestrol.
Ramai yang salah faham, biji kolestrol tidak sama dengan biji jerawat. Jika jerawat memiliki cecair di dalam biji tersebut, biji kolestrol pula berlainan. Dan ianya bukannya jerawat seperti yang anda sangkakan tapi ia adalah biji kolesterol atau lebih dikenali sebagai milia seeds .
Anda perlu tahu bahawa biji kolesterol adalah lebihan lemak yang muncul pada kulit dan ramai yang menganggap bahawa biji kolesterol hanya dialami oleh golongan berusia tetapi kanak-kanak juga boleh mengalaminya dan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki.
Cara Mengukur Kadar Kolestrol :
Normal – jika kolestrol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
Sederhana tinggi – kolestrol 200 mg/dL hingga 239 mg/dL
Berbahaya – kolestrol 240 mg/dL
Langkah Pencegahan Biji Kolestrol
Kurangkan pengambilan daging
Kurangkan pengambilan daging, majerin dan dessert yang terlalu manis kerana ia dalam kumpulan makanan yang mempunyai kolestrol tidak baik iaitu LDL. Cukup sekadar dalam kuantiti yang kecil untuk anda makan makanan bergoreng serta berlemak tinggi.
Pengambilan Buah-Buahan
Tingkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana ia mengandungi fiber yang tinggi. Amalkan minum jus buah tanpa campuran gula agar membantu menstabilkan semula bacaan kolesterol pada badan anda.
Omega 3
Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, telur mampu membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat. Lebihkan bawang putih dalam masakan anda kerana ia bertindak sebagai anti radang dan antibiotik semula jadi.
Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah kolesterol yang tinggi kerana ia mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Cara Untuk Menghilangkan Biji Kolestrol
1. Oil Cleanser
Rajinkan diri korang untuk cuci makeup guna oil cleanser. Nanti dia akan slowly hilang.
2. Exfoliate
Kulit di kawasan mata ni sangat delicate tau. So, korang kena exfoliate dengan lembut. Biji kolestrol akan beransur hilang.
3. Pakai Sunscreen
Ni memang dah wajib pakai, jangan lupa! Setiap kali pakai skincare, jangan lupa pakai sunscreen sekali.
4. Guna AHA
Kalau basic skincare dah kukuh, korang boleh start exfoliate guna AHA. Bukan saja korang boleh kurangkan whiteheads, milia seeds pun boleh hilang!
5. Periksa Eye Cream Korang!
Kadang-kadang milia seeds ni jadi disebabkan eye cream korang. Periksa bahan produk, takut tak sesuai dengan kulit korang.
6. Cuci Muka Bersih
Pastikan korang remove makeup betul-betul. Ini nak pastikan pori-pori korang tak tersumbat. Kalau pori tersumbat tu yang buatkan bintik kolestrol terjadi.