Cari...

Gaya Hidup

Bigo Live Demi Mencari Duit, Anak 10 Tahun Beraksi Panas

Kongsi

Bigo Live adalah aplikasi broadcast dalam bentuk video live streaming yang dikhususkan untuk pengguna smartphone Android atau iOS. Aplikasi ini merupakan aplikasi yang digunakan untuk menyiarkan kegiatan diri sendiri secara online melalui kamera smartphone dan boleh ditonton oleh kawan-kawan Bigo Live yang lain. Bigo Live juga menjadi salah satu aplikasi sosial media popular dengan lebih dari 10 juta pengguna.

Semakin besar anak-anak semakin besar cabaran yang perlu dilalui ibu-bapa dalam mendidik anak-anak. Tambahan di zaman arus teknologi yang mencabar ini, kanak-kanak serta remaja semakin terdedah dengan pengaruh media sosial.

Jadi sebagai ibu-bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar dan mendidik anak-anak supaya tidak terpengaruh dan hanyut dalam mengejar populariti.

Pantaulah kegiatan anak-anak kerana menurut kajian, gajet seperti telefon pintar sudah mula diberikan sejak umur mereka seawal 8 tahun. Yang lebih membimbangkan, kanak-kanak perempuan di kalangan umur 10-14 tahun terutamanya kini lebih ‘berani’ menayangkan tubuh badan di media sosial kerana duit.

bigo live
Foto: peraktoday.com.my

Malah ada yang lebih ekstrim, sudah berani tayang alat sulit sendiri untuk tatapan kaki bahan lucah. Sebagai ganjaran, kanak-kanak ini diberi ganjaran dalam bentuk ‘points’ yang kemudian boleh ditukar kepada wang ringgit.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak ini dilaporkan aktif men’jaja’ diri di media sosial menggunakan aplikasi BIGO LIVE.

Pertubuhan IKRAM yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Fadhil Othman telah melancarkan sebuah gerakan IKRAMTeens yang berfungsi mendedahkan masyarakat umum terutamanya ibu bapa tentang kepentingan memantau aktiviti anak-anak di media sosial.

Menurut pemantauan di aplikasi seperti BIGO LIVE dan WeChat, gerakan pertubuhan sosial ini telah menemui sekumpulan kanak-kanak seawal umur 10 tahun aktif bersiaran langsung di aplikasi ini sehingga 8 jam sehari pada hujung minggu.

“Yang menyedihkan apabila kanak-kanak ini berpakaian lengkap ketika mula bersiaran kira-kira jam 8 malam sebelum hanya memakai kain ‘cukup syarat’ membaluti tubuh sekitar jam 2-4 pagi..”

Istilah seperti ‘payung’ dan ‘sawer’ mudah difahami kanak-kanak perempuan terutamanya yang mempunyai maksud tersendiri dimana kanak-kanak ini diminta untuk beraksi dan mendedahkan bahagian tubuh tertentu asalkan tidak berbogel untuk meraih pendapatan.

Baca juga  Menyambut Syawal Seorang Diri Kerana Sudah Kehilangan IbuBapa

Sehubungan dengan isu ini, Fadhil telah menggesa dan meminta kerjasama penuh ibu bapa untuk lebih terbuka membincangkan mengenai pendidikan seks kepada anak-anak sejak kecil dalam usaha mengurangkan kes seperti ini.

Mungkin kerajaan patut mengambil langkah drastik dengan mengharamkan aplikasi seperti ini kerana ianya lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Sekian petikan dari hmetro.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *