Cari...

Antarabangsa Entertainment

Big Barbie Queen Menangi Pertandingan Ratu Cantik

Kongsi

Seorang wanita memenangi anugerah ratu cantik di Argentina walaupun berbadan gemuk, bukan menjadi penghalang kepada wanita ini untuk meneruskan impiannya sehingga tercapai.

Seorang wanita di Mendoza, Argentina telah membuktikan walaupun memiliki badan gemuk dan berat mencecah 120 kg, ianya bukanlah penghalang dari memenangi pertandingan ratu cantik.

Ratu Cantik

Estefania Correa boleh dijadikan idola wanita di luar sana selepas berjaya dinobatkan sebagai ‘Ratu Vendimia’, sebuah pertandingan yang diadakan sebagai salah satu acara dalam  festival membuat wain tahunan di barat Wilayah tersebut.

Wanita gempal tapi comel yang mewakili Colonia Segova ini turut digelar sebagai ‘Ratu anti-diskriminasi’ selepas memberi ucapan yang spontan dan penuh inspirasi.

ratu cantik
Foto: facebook

Dia berjaya memecahkan streotaip ‘Barbie Queen’ dan menganggap Vendimia bukan sahaja sebuah pertandingan malah lebih dari itu.

Sudah bergelar model selama tiga tahun, Estefania sangat gembira dan memetik kata-katanya, 

“Kehidupan bukan hanya mempunyai badan dan wajah yang cantik, tapi lebih daripada itu.”

ratu cantik

Wah, memang benar belaka apa yang diucapkan oleh wanita ini. Berbanggalah dengan apa yang dimiliki dan jadikan kekurangan itu sebagaic sumber kekuatan dalam diri kita.

Baca juga  Harga 1GB Pelan Data Di Seluruh Dunia, Malaysia ke-15
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *