Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan Kesihatan

Bertindik Mampu Menghilangkan Sakit Migrain

Kongsi

MIGRAIN bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.

Sakit kepala akibat migrain biasanya bersifat episodik. Sakit dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa mual dan muntah.

Foto: mStar

Terasa diri terlalu lemah untuk mencari punca migrain dan apa ubatnya. Namun begitu, ada fakta mengatakan bahawa dengan menindik teminga mampu kurangkan masalah sakit migrain ini. Betul ke?

Foto: Fimela.com

Tetapi segala masalah ini boleh di tangani dengan Daith Piercing yang mana dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit migrain ini. Apa sebenarnya daith piercing ini sebenarnya? Daith piercing merupakan tindikan yang dilakukan pada tulang rawan yang berada di atas pintu masuk ke telinga.

Foto: Alodokter

Meskipun tiada kajian yang dapat mengesahkan daith piercing dapat mengurangkan masalah migrain tetapi terdapat beberapa pandangan serta hubung kait diantara kedua-dua topik ini.

Apa Hubung Kait Daith Piercing Dan Migrain?

Hubung kait diantara daith piercing dan migrain menurut perubatan purba China, ia mempunyai pelbagai variasi rawatan yang menggunakan jarum yang kemudiannya di cucuk pada titik punca yang tertentu pada tubuh badan.

Seperti yang diketahui rawatan akupunktur merupakan rawatan alternatif dalam merawat sakit kepala dan migrain dan telinga merupakan titik punca yang digunakan sehingga kini dalam merawat masalah kesihatan ini.

Tekanan titik punca yang terdapat di dalam telinga boleh di kenalpasti oleh pakar akupunktur yang terlatih. Meskipun tiada bukti secara saintifik yang menyatakan daith piercing ini berkesan dalam merawat masalah migrain tetapi ramai yang menyokong bahawa daith piercing berkemungkinan membantu merawat gejala migrain ini.

Ini Kata Pakar Tentang Daith Piercing

Pada tahun 2017, satu kajian kes yang melibatkan peserta kajian yang memiliki gejala migrain semakin pulih selepas melakukan daith piercing. Para penyelidik mendakwa perlu lebih banyak kajian klinikal yang perlu dilakukan bagi mencari hubung kait terhadap kaedah merawat masalah migrain.

Baca juga  Pengawal Stress Yang Paling Mujarab, Durian

Para pengkaji juga turut menasihati terhadap risiko daith piercing dan kemungkinan gejala kesan plasebo berlaku. Kesan gejala plasebo terjadi apabila rawatan yang dijalani tidak aktif dan melibatkan keadaan psikologi.

Manakala penyelidik yang lain menyatakan isu ini kurang bukti dan keberkesanan daith piercing dalam merawat masalah migrain.

Adakah Daith Piercing Ini Selamat?

Daith piercing merupakan tindikan yang dilakukan pada tulang rawan yang berada di atas pintu masuk ke telinga. Semua jenis tindikan mempunyai risiko yang tersendiri dan tindikan pada bahagian daith atau tulang rawan di dalam telinga juga mempunyai risikonya, antaranya adalah:

  • Jangkitan
  • Pendarahan
  • Bengkak
  • Parut
  • Rasa sakit yang berlanjutan
  • Berlaku perkembangan abses
  • Berkemungkinan untuk membuang tulang rawan jika di jangkiti
  • Gejala migrain mungkin boleh menjadi lebih teruk

Tambahan lagi tindikan daith ini memiliki titik lokasi yang tersendiri dan sukar untuk di tindik. Malah ia juga menyakitkan!

Rawatan Alternatif Dalam Menangani Gejala Migrain

Kajian menunjukan terdapat beberapa rawatan alternatif dalam merawat gejala migrain dan berikuta adalah kaedah atau cara rawatan yang boleh membantu mengurangkan masalah sakit kepala atau migrain.

Akupunktur

Akupunktur telah digunakan sejak zaman purba lagi dalam merawat pelbagai penyakit termasuklah masalah sakit kepala dan juga migrain. Dan ia mungkin adalah cara rawatan alternatif yang sesuai untuk anda yang memiliki masalah sakit kepala atau migrain.

Auriculotherapy

Auriculotherapy merupakan salah satu kaedah rawatan akupunktur yang memfokuskan pada bahagian telinga. Pakar akupunktur yang menjalankan rawatan ini menggunakan jarum, biji benih atau jari mereka sendiri untuk digunakan sebagai tekanan pada titik punca tertentu pada telinga.

Meditasi

Meditasi menunjukan ia mungkin mampu mengurangkan rasa sakit yang dialami. Dan kaedah seperti ini bagus dalam merawat sakit kepala atau migrain.

Baca juga  Jenis Kumpulan Darah Boleh Mengambarkan Personaliti Seseorang

Biofeedback

Terapi biofeedback dapat membantu mengatur tubuh badan anda menerusi tindakbalas reaksi otot atau tekanan yang anda hadapi. Menerusi rawatan alternatif ini, anda boleh relax dalam masa yang sama mengurangkan tekanan yang dihadapi. Di samping mengurangkan juga gejala migrain.

Makanan Tambahan

Makanan tambahan yang disyorkan oleh doktor atau pihak farmasi juga dapat membantu menangani gejala migrain yang anda hadapi. Antara makanan tambahan atau vitamin yang boleh anda ambil adalah:

  • Butterbur
  • Magnesium
  • Riboflavin
  • Halia

Diharap segala maklumat yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang tindikan daith dalam telinga dan keberkesanan tindinkan ini. Apa-apa pun Wanista berharap anda dapat menjaga kesihatan anda dengan baik dan dapatkan nasihat doktor jika gejala migrain yang dialami terlalu serius. wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *