Cari...

Gaya Hidup

Berkahwin Dengan Robot Setelah Gagal Bercinta

Kongsi

Nekad Berkahwin Dengan Robot Setelah Gagal Bercinta, begitulah cerita menarik seorang lelaki ini. Kecewa gagal menemui pasangan hidup, seorang jurutera akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan robot wanita yang dibinanya.

Jika kita manusia normal, memang susah untuk menerima kenyataan ini kerana mana boleh manusia berkahwin dengan robot. Malah erti perkahwinan itu sudah disalah ertikan oleh beberapa golongan yang pelik. Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang bercinta dan bukannya bertepuk sebelah tangan. Lelaki ini hanya berfantasi sahaja dengan robot ini sehingga mengahwininya.

Menurut laporan South China Morning Post yang memetik Qianjiang Evening News, pakar kecerdasan buatan (artificial intelligence) Zheng Jiajia, 31, dari bandar ini di wilayah Zhejiang, membina robot itu untuk menjadi rakannya.

Buat masa ini, robot seberat 30 kilogram itu yang dinamakan Yingying, boleh membaca tulisan Cina dan mampu bertutur bahasa Cina yang mudah namun Zheng merancang menambah kebolehan Yingying, termasuk melakukan kerja rumah dan berjalan.

Jumaat lalu, Zheng mengahwini Yingying dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ibunya dan rakan rapat.

berkahwin dengan robot
Foto: mytopicshub.com

Pada majlis itu, Yingying dipakaikan pakaian hitam dengan mukanya ditutup kain merah seperti tradisi perkahwinan masyarakat China.

Zheng sebelum ini bekerja dengan syarikat gergasi Huawei sebelum bekerja dengan syarikat internet, Dream Town.

Menurut rakannya, Zheng sering didesak keluarganya supaya berkahwin namun dia tidak bernasib baik kerana gagal menemui pasangan sejak beberapa tahun lalu, lalu memutuskan berkahwin dengan robot itu.

Banyak perkahwinan pelik-pelik yang berlaku di dunia pada hari ini. Malah ada yang berkahwin dengan kucing, babi, berkahwin dengan diri sendir lah. Macam-macam ragam manusia~

Baca juga  Jangan Takut Berkahwin Kerana Rezeki Tetap Ada
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *