Cari...

Cerita Menarik Gaya Hidup

Berkahwin Dengan Pencinta Kucing Adalah Pilihan Terbaik

Kongsi

Mencari pasangan untuk dijadikan isteri bukan perkara mudah, ianya memakan masa bagi memastikan pilihan itu adalah tepat. Hal ini kerana, perkahwinan adalah sesuatu hubungan jangka masa panjang, semua pasangan mahukan hubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Bermacam pendapat dari orang sekeliling tentang bagaimana untuk mencari pasangan yang bersesuaian. Calon isteri yang cantik, pandai memasak dan mengemas adalah antara ciri yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan isteri.

Selain kemahiran, keperibadian seseorang wanita juga penting untuk dinilai. Hal ini kerana, keperibadian atau personaliti berkait rapat dengan keharmonian dalam hubungan suami isteri. Jangan tersalah pilih wanita yang mempunyai keperibadian yang teruk, nanti menyesal pun tidak berguna.

Foto: id.herstyleasia.com

Personaliti seseorang wanita itu sering dikaitkan dengan apa yang mereka suka atau yang sering mereka lakukan. Contohnya jika wanita pencinta haiwan seperti kucing, mereka dikatakan seorang yang penyayang dan baik hati.

Foto: Shutterstock

1. Penyayang

Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.

2. Bertanggungjawab

Kebiasaanya dia yang sangat suka dengan kucing, adalah seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur.

3. Mudah Berkomunikasi

Sering berborak dengan kucing, meluahkan perasaan tanda dia seorang yang sangat periang. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya. Sukakan hiburan yang comel dan sangat baik hati.

4. Setia

Walau sepenat mana pun bekerja di siang hari, dia tidak akan pernah lupa untuk meluangkan masa dengan kucingnya. Itu tanda dia memiliki sifat yang setia. Jika anda memilih orang sebegini, sudah pasti anda tidak menyesalinya.

Baca juga  Pilih Calon Suami Yang Mempunyai Ciri-ciri Seperti Ini

5. Suka Menolong

Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih.


Wanita yang sukakan kucing sememangnya seorang yang comel dan sangat ceria. Jika anda memilih mereka sebagai pasangan, anda akan tidak pernah merasa bosan . Sekian petikan dari wanista.com



Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *