Cari...

Uncategorized

Benarkah Ibu Mengandung Tak Boleh Minum Kopi?

Kongsi

Kopi adalah salah satu minuman kesukaan yang wajib ada pada awal pagi bagi menyegarkan mata sebelum mulakan kerja. Ramai diantara kita yang sangat sukakan kopi, namun harus waspada, jangan keterlaluan dalam pengambilan kopi.

Kopi

Secangkir kopi mampu membuatkan mata hilang mengantuk dan cergas, malah membuatkan otak kita sentiasa segar. Namun, ada segelintir daripada kita mengatakan bahawa, wanita mengandung tidak digalakkan untuk minum kopi. Betul ke?

kopi
Foto: wkms.org

Menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkongsikan megenai perihal ini menerusi laman Twitternya. 

Menurutnya, ibu mengandung perlu menghadkan pengambilan kafein dengan hanya 200 miligram setiap hari. Malah, dia turut mengingatkan kafein tidak semestinya ada dalam kopi sahaja, tapi turut ada dalam teh, coklat, minuman tenaga, minuman ringan bergas seperti cola dan dalam sesetengah ubat batuk dan selesema.

kopi
Foto: siraplimau.com

Tambahnya lagi, pengambilan kafein yang berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan seperti saiz bayi jadi kecil dan meningkatkan kemungkinan untuk gugur lebih-lebih lagi di awal kehamilan. 

Dr Izzat turut menasihati para ibu mengandung pada 12 minggu kehamilan untuk mengelakkan pengambilan kafein.

“Hadkan pengambilan kafein 200mg setiap hari jika ibu mengandung sememangnya rasa tidak boleh hidup tanpa kafein. Lebih baik gantikan dengan minuman jus buah-buahan atau segala minuman yang telah dinyah kaffein. Itu lebih baik. Jangan lupa kurangkan manis ya,” tulisnya.

Jadi, buat ibu-ibu mengandung di luar sana, boleh ambil minuman berkafein tapi ada hadnya. Jika boleh elakkan, cubalah tidak mengambilnya demi kesihatan bayi dan ibu-ibu juga!. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Disaman Kerana Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *