Cari...

Gaya Hidup

Beli Rumah Ini, Anda Akan Dapat Isteri Sekali

Kongsi
beli rumah

Seorang wanita bernama Indira Astarisa berumur 37tahun, membuat iklan untuk menjual rumahnya di Malang, Indonesia dan bersedia untuk berkahwin dengan dengan lelaki yang membeli rumahnya itu.

Tawaran yang sangat menarik, janda anak satu dan bekas model itu membuat iklan untuk menjual rumahnya dengan harga Rp1.7 bilion (RM471,628).

“Saya merancang menjual rumah, tetapi sekiranya ada pembeli yang sesuai saya tidak kisah untuk berkahwin dengannya. Saya mempunyai seorang anak lelaki dan sudah 15 tahun menjanda,” katanya.

-Indira Astarisa

Sejak berpisah dengan suaminya Indira membesarkan anaknya dengan menjadi model sambilan dan berniaga pakaian dan makanan.

“Saya mahu menjual rumah ini kerana mahu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan selain membiaya pengajian anak saya,” ujarnya.

Kata Indira, sejak iklan itu dibuat pada minggu lalu dia dihujani banyak panggilan telefon yang bertanya mengenai rumahnya, termasuk pembeli dari luar negara.

“Ramai yang menelefon, termasuk lelaki dari Singapura yang bertanya mengenai rumah ini dan juga tentang diri saya,” jelasnya lagi.

Menurutnya, ada seorang pembeli yang menawarkan harga Rp1.6 bilion (RM443,885) untuk membeli rumah itu, tetapi dia belum memberi kata putus.

Sebelum ini, Wina Lia, 40, menjadi popular di Internet selepas membuat iklan jual rumah dapat tuan rumah.

Bagaimanapun, sehingga kini Wina Lia masih belum dapat menjual rumahnya di Sleman, Yogyakarta itu atau mencari calon suami. Siapakah yang berani membeli rumah itu? Petikan dari hmetro.com.my.

Baca juga  Smartphone Dengan Pengecas Yang Terpantas Abad Ini, Hanya 13 Minit
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *