Cari...

Gaya Hidup

Beg Tangan Wanita Menyimpan 10 Ribu Bakteria Menurut Kajian

Kongsi
beg tangan

Beg tangan wanita selalunya ada banyak jenis, bermacam-macam style. Tahukah anda bahawa kebanyakkan wanita membawa lebih 10 ribu bakteria pada beg tangannya setiap hari menurut satu kajian. Ia memang satu kejutan untuk semua kaum wanita.

Beg tangan bagi wanita digunakan untuk menyimpan segala barang peribadi dan berharga untuk dibawa setiap masa. Jika anda lihat rakan wanita sekeliling anda, pasti di dalam beg tangan mereka sangat penuh dan berat kerana pelbagai barang di dalamnya, seperti harta karun! Bukan sahaja dompet, kunci kereta malah terdapat pelbagai resit belian makanan, make up dan banyak lagi. Tidak kurang juga wanita yang juga seorang ibu, kemungkinan pampers bayi mereka juga ada di dalam beg tangan!

Terdapat satu kajian yang dijalankan di Jerman itu turut menyebut beg wanita sangat kotor dan mungkin boleh jadi lebih kotor dari tandas. Adakah ia sangat kotor? Mengapa ia boleh jadi begitu?

Walaupun bagi sesetengah wanita beg tangan yang biasa sahaja sudah memadai, namun bagi mereka yang mementingkan penampilan, beg tangan adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia seperti melengkapkan gaya seseorang. Setiap satu beg yang dimiliki, ia pasti digunakan pada acara yang berbeza.

Sebelum itu, kajian turut dilakukan di University of Colorado Boulder, Amerika Syarikat. Melalui kajian itu, mendapati terdapat 4,700 bakteria hidup pada tangan manusia. 

beg tangan wanita
Foto: mynewshub

Sudah tentu ia boleh tersebar melalui sentuhan dari pelbagai aktiviti menggunakan tangan. Lebih teruk, kebanyakan beg tangan wanita dijadikan ‘tong sampah’ yang mengandungi pelbagai bekas makanan, tisu kotor dan sebagainya. 

Dalam pada itu memetik kajian yang dilakukan Initial Washroom Hygiene pada 2013 mendapati objek paling kotor dalam beg tangan wanita ialah botol krim. 

Baca juga  Sering Tertekan Salah Satu Sebab Mengapa Wanita Sukar Hamil

Makanya anda harus selalu membersihkan beg tangan anda, jangan jadikan ia sebagai tong sampah dan kurangkan sentuhan antara beg tangan dengan permukaan objek lain.

Berikut beberapa tips memilih beg tangan yang sesuai dengan penampilan anda sehingga gaya fesyen anda kelihatan lebih sempurna.

1. Pertimbangkan Kapasiti Barang

Sebelum membeli atau memilih beg tangan yang hendak digayakan, sebaiknya disesuaikan dengan segala barang yang akan dibawa atau diisikannya nanti. Pastikan semua barang tersebut muat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan tersebut. Jika sekadar hanya untuk diisi dompet, telefon bimbit dan lipstick, tak perlulah anda memilih beg tangan yang bersaiz besar atau terlalu lebar. Jika anda seorang wanita atau gadis yang dinamik, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana dan tidak perlu  banyak poket untuk menyimpan barang.

2. Sesuaikan Dengan Bentuk Atau Saiz Tubuh Anda

Bentuk tubuh dan bentuk beg tangan saling mempengaruhi. Jika anda bertubuh genit,sebaiknya pilih beg tangan bersaiz kecil dan tidak mempunyai banyak aksesori. Manakala anda yang bertubuh ramping, disarankan memilih beg tangan jenis ‘hobo’, floopy besar’ ataupun ‘drawstring style’. Bagi anda yang bertubuh besar atau montel, pilihlah beg tangan jenis ‘massenger bag style’ dan ‘shopper tote’.

3. Pastikan Kualiti Beg Tangan

Beg tangan yang bagus adalah beg tangan yang tahan lama. Ketika membeli beg tangan, pastikan anda telah melihat kualiti jahitannya. Jahitan yang kuat boleh dilihat daripada bentuk jahitan yang lurus dan tidak kelihatan ada benang-benang yang longgar. Periksa juga kelancaran zip dan sebagainya, cubalah untuk membuka dan menutupnya.

4. Cuba Gayakan Seketika

Tidak ada salahnya jika anda cuba gayakan seketika beg tangan tersebut. Cuba pakai dan berdiri di depan cermin. Tengok, adakah ia sesuai dengan tubuh anda ataupun tidak. Selain itu, rasa tekstur beg tangan, adakah ia juga sesuai buat anda. Fikirkan juga tentang penggayaan beg tangan tersebut dengan koleksi pakaian yang akan kenakan nanti. Pastikan anda tidak salah dalam membuat pilihan!

Baca juga  Menternak Lipas Untuk Dijadikan Hidangan Istimewa

Baca Juga: Tips Bergaya Buat Wanita Berpunggung Besar

5. Merawat Beg Tangan

Merawat beg tangan perlu dilakukan dengan rutin dan berhati-hati. Ini adalah kerana supaya warna beg tersebut tetap ‘maintain’ bertahan dan tidak rosak. Jika beg tangan tersebut berkulat, bersihkan ia dengan menggunakan kain basah yang lembut dan jemur seketika di bawah cahaya matahari. Ketika menyimpan beg tangan tersebut, sebaiknya di sembur di dalamnya dengan sedikit minyak wangi agar tidak berbau hapak.

Jika anda ingin membersihkannya, sebaiknya cuci secara manual. Jangan gunakan mesin basuh kerana ia akan merosakkan bentuk beg tangan dan warnanya juga akan menjadi cepat pudar.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *