Connect with us

Bawa Haiwan Peliharaan Untuk Kurangkan Stress Di Pejabat

haiwan

Gaya Hidup

Bawa Haiwan Peliharaan Untuk Kurangkan Stress Di Pejabat

Bawa Haiwan Peliharaan Untuk Kurangkan Stress Di Pejabat

Membawa haiwan peliharaan untuk kurangkan stress di pejabat? Betul ke? Terdapat satu kajian telah membuktikan dengan membawa haiwan peliharaan boleh hilangkan stress. Malah mampu meningkatkan produktiviti kerja.

Kebanyakan syarikat tidak membenarkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam premis mereka kerana dikatakan mengganggu dan ditakuti merosakkan peralatan. Ia memang akan membuatkan orang lain bertambah stress.

Foto: careeraddict.com

Oleh sebab itu, kehadiran kucing atau anjing dikatakan bakal membawa impak yang negatif kepada suasana persekitaran di tempat kerja. Selain itu, bukan semua suka dengan haiwan peliharaan. Ada juga sensitif dengan bulu mereka.

Kajian

Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian terbaru oleh Virginia Commonwealth University menunjukkan bahawa apabila manusia bekerja dengan binatang. Mereka akan kurang mengalami tekanan di tempat kerja, lapor portal berita Newswise.

Ini bukanlah kajian pertama yang menujukkan impak positif binatang peliharaan di tempat kerja. Menurut seorang penyelidik, Marie-Jose Enders, yang mengkaji hubungan antara haiwan dan manusia, kehadiran kucing atau anjing di pejabat akan meningkatkan produktiviti. Bagaimana?

Foto: glassdoor.com.au

Kajian Marie dibuat dengan mengukur kadar hormon kortisol (hormone stress) apabila pekerja di pejabat menyentuh anjing. Beliau mendapati mereka yang didedahkan dengan haiwan ketika bekerja mempunyai kadar kortisol yang rendah dan kadar oxytocin yang tinggi.

Hal ini menyebabkan mereka merasa lebih santai dan gembira dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja masing-masing. Bila kurangnya stress, maka mereka mampu membuat kerja dengan senang hati tanpa banyak merungut.

Tidak hairanlah banyak syarikat gergasi seperti Google dan Linkedln kini membenarkan pekerjanya membawa haiwan peliharaan ke pejabat. Petikan dari bm.cari.com.my.

Baca juga  Muka Berjerawat Boleh Hilang Dengan Kulit Tembikai
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

Advertisement

Trending

Advertisement
Advertisement
loading...
Advertisement
Ke Atas