Cari...

Info Menarik

Banyak Minum Air Boleh Menguatkan Sistem Imun Badan

Kongsi

Minum air memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi air. Otot yang kecil, darah dan otak mengandungi lebih 70 peratus air.

Cecair penting ini adalah ramuan penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Walaupun begitu, kebanyakan orang tidak meminum air yang mencukupi.

Setiap hari badan kehilangan secara purata 10 hingga 12 cawan air yang perlu diganti untuk me­ngekalkan keseimbangan tubuh. Namun, masih ramai yang mengabaikan pengambilan air untuk anggota badan.

Minum Air Kawal Suhu Badan

minum air
Foto: thepanicchannel.com

Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan.

“Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan mengurangkan risiko terhadap jangkitan.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkata, air adalah elemen terpenting kepada tubuh. Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

“Lebih 65 peratus pelajar sekolah menengah dan rendah tidak minum enam hingga lapan gelas sehari seperti yang disyorkan. Sebaliknya, semakin ramai kanak-kanak mengambil minuman manis sebagai pengganti air yang boleh membawa kepada masalah seperti kaviti gigi, diabetes serta obesiti,” katanya.

“Penting bagi masyarakat dan keluarga lebih peka serta berpengetahuan dalam isu air seterusnya lebih proaktif dalam mengambil langkah pencegahan.

Mendidik kanak-kanak minum air secukupnya, ibu bapa terlebih dulu perlu menjadi contoh terbaik kepada anak mereka.

Sumber air bukan hanya air minuman semata-mata, juga terdapat pada sumber makanan lain. Misalnya, buah-buahan seperti tembikai dan strawberi yang mengandungi kandungan air 92 peratus; tomato, 94 peratus; timun, 96 peratus; saleri, 95 peratus; susu, 89 peratus; jus oren, 88 peratus serta kopi 98.7 peratus.

Baca juga  Cara Menolak Cinta Seseorang Dengan Bijak!

Sebelum meminta anak minum air secukupnya, ibu bapa perlu memulakannya terlebih dulu. Didik anak supaya mengambil air secukupnya bagi mengelak dehidrasi.

Selain itu, bagi mengetahui badan kita memperoleh sumber air mencukupi atau tidak, ia boleh dikesan melalui air kencing.

Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning. Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hinggalah kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita.

Apabila badan kekurangan air, ia mengekalkan jumlah cecair dalam badan dengan mengurangkan penghasilan air kencing. Ini sebabnya air kencing menjadi pekat dan berwarna gelap. Sebaliknya jika kita minum banyak air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi lebih cerah dan cair.

“Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya setiap hari untuk membolehkan ia berfungsi dengan cekap.

Sumber: hmetro.com.my

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *