Cari...

Hubungan

Bahaya, Ini Maksudnya Isteri Tengah ‘Makan Hati’ Dengan Anda

Kongsi

Terdapat situasi yang dianggap isteri ini sebagai cuaca, selalu tidak dapat diramalkan. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. Jadi, kesimpulannya biarkan sahaja.

Sebenarnya, respon suami itu sangat salah. Isteri memang selalu tidak dapat diramalkan. Itu tidaklah bermaksud suami perlu mengabaikannya dan biarkan sahaja. Mungkin ada sesuatu yang dia pendam dan sedih dari anda. Macam mana nak tahu? Lihat ni.

Selalu marah

Percayalah isteri marah tu bukan suka-suka sahaja. Mesti ada sebab kenapa isteri anda selalu marah anda. Sebagai suami anda kenalah peka dengan keadaan rumah tangga anda.

Menolak untuk melakukan hubungan intim

Kalau hatinya tidak dijaga, mana mungkin dia merelakan untuk melakukan hubungan intim bersama anda. Kebiasaanya isteri yang tidak bahagian akan menolak permintaan untuk bersama kerana sebab tertentu dan mungkin berpunca dari diri anda juga.

Kurang bersembang

Ini adalah salah satu faktor yang anda perlu tahu tentang wanita. Mereka jenis banyak bercakap dan suka bersembang. Namun, mereka mungkin mengalami masalah jika mereka makin kurang bersembang. Malah, mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Mula fikir tentang dirinya sendiri

Jika wanita itu tidak bahagia dalam perkahwinannya dia akan mula memikirkan sesuatu untuk masa depannya dan apa yang bakal terjadi. Ambil langkah segera jika anda tidak mahu kehilangannya!

Lebih suka simpan rahsia seorang

Jika anda rasakan seperti isteri anda menyembunyikan sesuatu daripada anda, cepat-cepatlah ajaknya untuk berbincang. Ambil tahu apa masalahnya dan apa yang berlaku. Bahaya juga kalau mereka mula simpan rahsia dari anda!

Baca juga  Kaum Lelaki Lebih Mudah "Move On" Berbanding Wanita
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *