Cari...

Antarabangsa Info Menarik Sains

Bagaimana Deep Skull Mengatakan Orang Sarawak Masyarakat Tertua Di Dunia

Kongsi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ada menyeru supaya kerajaan negeri Perak memberi fokus kepada ‘Perak Man’ sebagai tumpuan pelancongan. Ini kerana, Perak Man adalah bukti sejarah tentang wujudnya manusia di Semenanjung Malaysia lebih 10 ribu tahun lalu.

Tapi, kita juga kena tahu yang Sarawak sebenarnya juga ada penemuan hebat iaitu Skeleton Niah dan Deep Skull yang dianggarkan berusia lebih 40 ribu tahun! Rangka itu kini masih berada di Nevada, Amerika Syarikat (AS) untuk kajian dan dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Februari tahun depan (2020).

Pada tahun 1958, sekumpulan researcher mat saleh datang ke Gua Niah di Sarawak untuk membuat kajian. Ekspedisi arkeologi ini diketuai oleh pasangan Tom dan Barbara Harrison, dan diberi nama “Hell Trench” (sebab kawasan tu panas giler, kalau sidai baju pun hangus).

Dan apa yang mereka jumpa kat gua batu kapur ini bukanlah setakat sarang burung layang-layang dan taik kelawar je ye tetapi… sebiji tengkorak yang sangat, sangatlah tua. Tengkorak yang dipanggil sebagai “Deep Skull” ni dikatakan berasal dari tahun 37000 sebelum Masihi!

Sebelum penemuan tengkorak tersebut, fosil manusia moden paling tua pernah dijumpai adalah Cro-Magnon Man yang berusia 33 ribu tahun. Cro-Magnon Man ni dulu menjadi asas teori evolusi dari Barat di mana Homo sapiens ni berevolusi di Eropah, dan manusia moden (juga dikenali sebagai Homo sapiens sapiens) adalah cucu cicit golongan Neanderthals.

Jadi penemuan Deep Skull sangat menarik bukan je sebab umurnya sangat tua, malah mengatakan yang waktu Eropah masih diduduki oleh Neanderthals dulu, kat Asia Tenggara dah ada manusia moden dah pun.

Bagi yang tak tau, ‘sebelum Masihi’ maknanya berapa tahun kelahiran Nabi Isa. Tahun 2016 sekarang pun boleh dipanggil sebagai 2016 selepas Masihi kalau rajin. Ini untuk kalendar Gregorian ye, kalendar Hijrah korang jangan lupa pulak.

Tapi tahun 1958 dah lama kan, time tu Malaysia tak puas lagi merdeka. Namun baru-baru ni tiba-tiba ada penemuan baru yang dibuat berdasarkan Deep Skull, dan ia akan mengubah sekali lagi pehamaman kita tentang sejarah kita. Macam mana pulak tu?

Baca juga  Amaran Ribut Taufan Di Louisiana parishes, Bencana Alam

Sebab research tentang Deep Skull yang dibuat mat saleh sorang ni hampir semuanya salah

Bila pasangan Harrison jumpa Deep Skull, ianya dianalisis oleh seorang ahli antropologi iaitu Professor Don Brothwell. Pada tahun 1960, Brothwell memutuskan yang Deep Skull adalah kepunyaan seorang:

  • Orang asli dari Australia
  • Remaja lelaki

Tapi kebanyakan daripada hasil kaji selidik Brothwell sebenarnya tak dibuktikan pun. Jadi beberapa ahli akademik daripada sebuah universiti di Australia cuba menyiasatnya kembali:

“Idea Brothwell adalah sangat berpengaruh dan sebahagian besarnya tidak dibuktikan, jadi kami ingin lihat samada ianya masih tepat setelah enam dekad berlalu.” – Profesor Darren Curnoe, dipetik oleh Popular Archeology.

So kaji punya kaji, mereka mendapati yang Deep Skull sebenarnya adalah milik seorang:

  • Orang asli Borneo
  • Wanita pertengahan umur

Macam mana mereka dapat tau? Bila researcher dari Australia ni buat perbandingan, Deep Skull mempunyai lebih banyak persamaan dengan orang asli Borneo dan bukan Australia. (Kalau tengok gambar kat bawah ni, entah macam mana saintis boleh perasaan persamaan pun kitorang tak tau. #sebabtuSOSCILIbukansaintis)

“Kami dapati yang peninggalan zaman purba ini lebih menyerupai orang asli Borneo hari ini, berbanding orang asli dari Australia.” – Professor Darren Curnoe, dipetik oleh The Science Explorer.

Maknanya… sebelum ni kita ingat orang asli Australia yang duduk kayuh sampan sampai tercampak kat Sarawak, tapi sebenarnya bukan. Kerana dengan penemuan baru ni, orang asli Borneo sendiri memang dah wujud sejak 40 ribu tahun dulu!

Dah tu…. adakah Orang Asli kat Sarawak jugak merupakan yang ter-asli di dunia?!

Okay la mungkin bukan kat dunia la. Tapi kat Asia Tenggara, at least.

Waktu Deep Skull ni mula-mula ditemui pada tahun 1958, memang ia merupakan fosil tertua pernah dijumpai di dunia. Tapi tak lama lepas tu pada tahun 1967, ada beberapa fosil yang lebih berusia dijumpai di Sungai Omo di Ethiopia.

Baca juga  Menyebar Fitnah Merupakan Dosa Besar Yang Sukar Digambarkan

Malah fosil kat Sungai Omo ni jauh lagi tua dari Deep Skull kerana ianya dikatakan berusia lebih kurang 193,000 tahun sebelum Masihi! Fosil-fosil ini menguatkan teori yang mengatakan manusia moden (Homo sapiens sapiens) adalah berasal dari Afrika. (Dan kalau tak tau, Ethiopia ni kat Afrika eh.)

Jadi menurut teori sains, Deep Skull ni merupakan peninggalan manusia yang tertua di Asia Tenggara, dan bukan di dunia. Dan bercakap tentang Asia Tengara…

Tengkorak ini menerangkan macam mana manusia mula-mula sampai kat Asia Tenggara

Penemuan yang mengatakan Deep Skull adalah menyerupai orang asli Borneo boleh menyanggah teori “Two-Layer Hypothesis” yang mengatakan orang asli set sedara-mara Australia dan New Guinea datang singgah kat Asia Tenggara, dan kemudiannya digantikan oleh penduduk dari Selatan China.

Malah sebelum ini, ada sebuah teori lain yang mengatakan orang asli di Borneo hanya telah wujud selama 3000 tahun. Tapi dengan penemuan baru ini, kita dapat tau yang mereka dah ada kat Borneo lebih dari 39,000 tahun! Ini sekaligus menjadikan orang Sabah dan Sarawak sebagai masyarakat yang tertua di Malaysia dan juga Asia Tenggara!

Malah ini bukan penghujungnya kepada sejarah dan teori yang kita ada setakat ni. Menurut salah seorang daripada tukang kaji Deep Skull (yang juga merupakan pengarah Jabatan Muzium Sarawak):

“Memang mengujakan bila memikirkan yang selepas 60 tahun masih banyak yang kita boleh pelajari daripada Deep Skull — pelbagai rahsia yang masih belum dibongkar.” – Ipoi Datan, dipetik daripada The Science Explorer.

Sumber: soscili.my 

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *