Cari...

Kecantikkan

Awas! Jangan Abaikan Sakit Bawah Perut, Ia Berkaitan Dengan Kesihatan

Kongsi

Mungkin segelintir daripada anda berhadapan dengan rasa kurang selesa dan sakit perut bawah pusat sehingga kadang-kadang tidak dapat mengawal sakit berkenaan.

Ada yang sehingga merasa kejang dan tidak mampu bergerak kerana terlalu sakit. Jika anda mengalami masalah ini, anda seharusnya terus rujuk kepada pakar puan.

Bagi seorang wanita, pastinya anda sering menjaga kesihatan luaran dan dalaman agar diri sentiasa sihat dan hormon badan sentiasa seimbang.

Foto: snetiaspanas.com

Penyebab sakit perut bawah pusat

Sebenarnya, ramai wanita kerap mengalami masalah sakit dan tidak selesa di bawah perut atau lebih dikenali sebagai abdomen pada setiap masa.

Secara umumnya, ia berkaitan dengan masalah kitaran haid anda dan keadaan rahim. Walau bagaimanapun, banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antara 3 punca utamanya ialah:

1. Faktor sistem pembiakan f

Masalah sakit perut bawah pusat ini berkaitan dengan sistem pembiakan wanita adalah seperti rahim, saluran fallopian atau kelenjar ovari.

Biasanya anda yang merasakan kurang selesa pada bahagian bawah abdomen ini disebabkan oleh masalah pada rahim.

Manakala, jika anda merasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen biasanya ia disebabkan oleh kelenjar ovari.

Bukan itu sahaja, rasa sakit yang datang dari rahim dan berlaku adalah perkara normal ketika awal tempoh haid dikenali sebagai dysmenorrhoea.

Tambahan juga, jika anda melakukan hubungan seks dengan suami dan merasakan sakit, ia adalah dyspareunia.

Rasa sakit ini mungkin menunjukkan anda berisiko menghidap penyakit berbahaya di sekitar bawah abdomen.

Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bawah abdomen dan sudah beberapa tidak datang haid, besar kemungkinan anda hamil secara normal (dalam rahim) atau mengalami kehamilan pada luar rahim.

Baca juga  Cara Untuk Mengatasi Dagu Berlapis Dengan Berkesan

Bagi mengesahkan positif hamil ini, anda disarankan untuk membuat ujian air kencing.

2. Masalah sistem kencingf

Bagi anda yang mengalami jangkitan air kencing, ia kebiasaannya akan menyebabkan rasa seolah-olah sedikit panas dan terbakar apabila membuang air kecil.

Jangkitan kuman ini akan menyebabkan anda tidak rasa puas kencing sehingga anda terpaksa berulang alik ke tandas untuk beberapa kali.

Hal ini berlaku kerana pundi kencing diserang oleh jangkitan kuman yang merebak sehingga ke buah pinggang.

Kesan masalah ini akan membuatkan anda menjadi tidak sihat, rasa sakit belakang dan demam dengan suhu badan yang begitu tinggi.

Tambahan pula, rasa sakit di bahagian bawah abdomen bermula dari pinggang sehingga ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau bahagian tertentu dalam sistem kencing.

Bagi merawat masalah ini, doktor terlebih dahulu akan melakukan ujian air kencing.

Jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti perlu dilakukakn kerana ia adalah petanda yang bahaya.

Di samping itu, risiko ketumbuhan dalam sistem kencing adalah jarang berlaku dan jika ia berlaku selalunya pesakit akan mengalami masalah untuk jangka masa yang lama.  

3. Sistem usus yang bermasalahf

Sistem usus yang mengalami keadaan tidak sihat akan menjejaskan penghadaman dan proses pengeluaran najis dari dalam badan.

Kebiasaannya, ia disebabkan oleh sembelit dan juga cirit- birit yang disifatkan sebagai sakit ‘datang dan pergi’ kerana pada waktu tertentu sahaja ia menyerang.

Bagi anda yang mengalami masalah ini, rasa sakit dan tidak selesa disebabkan oleh angin tidak dapat dikeluarkan dari badan.

Di samping itu, ia juga disebabkan oleh usus tidak berfungsi untuk menggerakkan angin dan najis.

Baca juga  Telan 15 Balang Nutella Setiap Bulan Demi Miliki Punggung Terbesar

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gejala sembelit yang menutup setiap ruang dalam usus bagi memudahkan angin  keluar dari dalam badan.

Sekiranya hal yang paling dibimbangi adalah ketumbuhan di dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin.

Antara tanda-tanda kritikal akibat masalah pada usus adalah berlaku pendarahan ketika membuang air besar sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman.

Lakukan pemeriksaan dengan kadar segera

Oleh hal yang demikian, jangan mengambil mudah hal ini. Jika anda mendapati bahawa ada darah dalam najis, segera lakukan pemeriksaan pakar di klinik yang berdekatan.

Ia boleh menyebabkan luka yang teruk pada usus, penyakit buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus.

Bagi anda yang sudah lama berkahwin dan mengalami kesukaran untuk hamil serta mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen perlu segera menjalankan pemeriksaan doktor.

Hal ini kerana, rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid dan ovarian cyst.

Pemeriksaan yang dijalankan kebiasaannya doktor ingin mengetahui tentang kitaran haid anda dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar.

Seterusnya doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan doktor wanita yang berpengalaman supaya berasa selesa apabila diperiksa.

Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing. Sekian petikan dari  Dr Zubaidi Hj Ahmad / theasianparent

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *