Cari...

Kesihatan

Atasi Masalah Mulut Berbau Walaupun Selepas Gosok Gigi

Kongsi

Masalah bau mulut sangat tidak menyenangkan. Bukan hanya pada diri sendiri, tetapi ia melibatkan orang sekeliling yang tempias dengan bau mulut kita. Mempunyai masalah bau mulut boleh mengurangkan keyakinan diri untuk bercakap dengan orang, lebih-lebih lagi jika waktu kawan-kawan bergumpul.

Sebanyak 80% munculnya masalah bau mulut adalah diakibatkan mengalami masalah kesihatan mulut dan gigi. Contohnya, gigi berlubang ataupun masalah gusi. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan mulut untuk mengelakkan mulut berbau.

Memetik dari laman sesawang bukanaku.com, di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah mulut berbau. Ada 5 cara untuk mengatasi mulut berbau. Mari kita lihat perkongsian ini.

Minum banyak air

Foto: Illustrasi

Untuk mengelakkan bau mulut yang berterusan, anda perlu banyak minum air kosong setiap hari. Sekurang-kurangnya minum sebanyak 2 liter sehari. Jadikan amalan minum air kosong ini rutin seharian kerana air mampu mencuci bakteria di dalam mulut yang menyebabkan bau mulut.

Mengunyah gula-gula getah

Foto: Illustrasi

Untuk mendapatkan nafas yang segar dan tidak berbau, kunyahlah gula-gula getah yang berperisa pudina atau yang mampu menyegarkan bau mulut. Pilih gula-gula getah yang betul dan bukannya gula-gula getah yang biasa. Selalunya pengunaan gula-gula getah hanya untuk waktu yang terdesak.

Gunakan pembersih lidah

Foto: Illustrasi

Penjagaan lidah juga perlu dalam mengatasi bau mulut yang teruk. Lidah yang jarang dibersihkan akan meninggalkan bakteria dan melekat pada lidah. Oleh itu, anda akan melihat keputihan pada lidah dan sudah tentu anda perlu membersihkan lidah dengan pembersih lidah. Pembersih lidah yang betul dapat menanggalkan bakteria pada lidah tanpa mencederakan lidah anda.

Berkumur dengan cecair pencuci mulut

Foto: Illustrasi

Bagi memastikan bakteria betul-betul hilang, gunalah cecair pencuci mulut dan berkumur selama 2-3 minit. Mungkin anda berasa sangat sakit di dalam mulut jika mulut anda mempunyai banyak bakteria. Namun, selepas penggunaan cecair pencuci mulut, mulut anda akan berasa segar dan yakin untuk bernafas. Pastikan anda jadikan ia sabagai rutin harian.

Baca juga  Sakit Belakang Di Usia Muda Semakin Ramai

Berjumpa dengan doktor gigi

Foto: Illustrasi

Berjumpa dengan doktor gigi merupakan satu langkah baik dalam mengenal pasti punca bau mulut anda. Sila dapatkan nasihat doktor untuk penjagaan gigi dan mulut untuk memastikan mulut anda sentiasa kekal sihat. Anda juga boleh mendapat rawatan pencucian gigi dan mulut untuk memastikan gigi, gusi dan lidah berada dalam keadaan bersih.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *