Cari...

Kesihatan

Atasi Cuaca Panas Dengan 3 Cara Ini

Kongsi
cuaca panas

Cuaca Panas

Cuaca yang panas memang tidak dapat di elakan, namun kita perlu tahu apa yang perlu anda buat ketika menghadapi cuaca seperti ini. Jangan dibiarkan sahaja, kerana boleh jadi anda akan demam panas akibat cuaca yang melampau. Cuaca panas selalunya akibat pencemaran udara yang melampau.

Minum Banyak Air

Selalu minum air kosong dengan kerap kerana tubuh anda sangat memerlukan air untuk mengawal suhu badan. Jangan tunggu sampai tekak kering baru nak minum air nanti akan memudaratkan sehingga menyebabkan batuk-batuk.

Lebih baik anda mencegah daripada merawatnya. Elakkan minum air kopi atau teh semasa cuaca panas lebih-lebih lagi minuman bergula. Boleh jadi anda akan pening dan merasa seolah-olah dunia ini berpusing.

Amalkan minuman isotonik untuk mengantikan garam yang hilang didalam badan akibat berpeluh oleh cuaca panas. Selain itu, periksa air kencing. Jika warna air kencing jernih maknanya tubuh anda mempunyai air yang mencukupi. Jika ia sebaliknya, ini bermakna anda perlu tingkatkan lagi pengambilan air jarang.

Jika doktor mengehadkan pengambilan air dalam tubuh anda atas sebab-sebab penyakit lain, periksa dulu dengan doktor berapa banyak air anda boleh minum seharian.

cuaca panas
Foto: yadim.com.my

Dinginkan Suasana Rumah

Gunakan langsir – Turunkan bidai dan langsir dan buka tingkap pada sebelah malam agar udara sejuk dapat masuk. Menurut kajian, dengan menurunkan bidai dan langsir, sebanyak 7 peratus haba dapat dikurangkan dan rumah boleh jadi sejuk sedikit.

Ais & kipas – Letakkan ketulan ais di depan kipas angin kerana ia dapat membantu membuat udara lebih sejuk. Cara ini sesuai bagi yang tidak mempunyai alat hawa dingin atau mereka yang ingin menjimatkan bil elektrik.

Baca juga  Cara Memutihkan Kulit Tanpa Menggunakan Krim Pencerah

Sejukkan Tubuh Dengan Cara Ini

Makan snek buah, jadikan salada dan buah-buahan segar sebagai snek seharian. Soal pakaian, pakai pakaian yang selesa, ringan dan longgar seperti fabrik kapas selain pilihlah warna yang terang demi memantul cahaya.

Pada jam 12.00 – 3.00, hadkan aktiviti di luar, lebihkan masa di dalam rumah atau pejabat. Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak atau berada di bawah matahari yang terik pada waktu puncak antara jam 12.00 tengah hari dengan 3.00 petang. Sebaliknya lakukan pada awal pagi atau lewat petang. Pakai topi atau payung untuk melindungi tubuh dan kulit daripada pancaran haba.

Gunakan krim – Sebelum keluar rumah, sapukan krim pelindung matahari di muka dan tangan. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.


Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *