Cari...

Tips Menarik

Atasi Bau Kaki Dengan Bawang Putih

Kongsi

Bau kaki memang sangat tidak menyenangkan. Seharian bekerja sudah pasti akan menyebabkan badan kita berpeluh, dan antara tempat yang sering menjadi masalah adalah bahagian ketiak dan juga kaki.

Jika dibahagian ketiak, mungkin kita masih boleh mengawalnya dengan memakai pewangi, tetapi bagaimana pula jika dibahagian kaki?

Hapuskan Bau Kaki Dengan Bawang Putih

Kadang-kadang bila lama sangat memakai kasut ia boleh menyebabkan tapak kaki berpeluh dan bercampur dengan bakteria. Maka, terhasillah satu bau yang masam dan ‘sangat busuk.

bau kaki bawang putih
Foto: manfaat-khasiatherbal.blogspot.com

Bagi mengelakkan bau kaki anda berbau, membersihkan kasut dengan kerap adalah salah satu cara mengatasinya. Selain itu, ada satu cara lagi anda boleh lakukan dan ianya sangat mudah.

Bawang putih bukan sahaja digunakan dalam masakan, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kaki anda.

bau kaki bawang putih
Foto: bumbubumbuku.wordpress.com

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu rendamkan kaki anda ke dalam besen kecil berisi air yang dicampur bawang putih kisar selama lebih kurang 30 minit.

Kemudian, lap kaki anda sehingga kering dan sapu Vaseline Petroleum Jelly. Vaseline membantu menghilangkan bakteria dan kulat penyebab bau pada kaki dengan berkesan.

Manakala, bawang putih pula sangat berkesan dalam menghapuskan bau pada kaki kerana mengandungi sebatian organosulfur (ajoene) yang akan membunuh kulat dan menghilangkan bau kaki dengan cepat.

Moga tips ini memberi manfaat kepada semua, ketahulah bahawa bahan-bahan dapur juga mampu membantu anda mengatasi pelbagai masalah. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Merawat Demam Anak Dengan Menggunakan Telur
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *