Cari...

Antarabangsa Sains

Asteroid Emas Di Temui Oleh NASA, Adakah Membawa Kesan Baik Atau Buruk?

Kongsi

Macam mana boleh jadi asteroid membawa muatan emas? Selalunya kita dengar asteroid hanyalah batuan di angkasa lepas. Batu-batu tersebut merupakan bahan yang jarang dijumpai. Maksudnya kandungan batuan tersebut adalah luar dari bumi, maka manusia belum mengkaji kandungan batu tersebut.

Memang ada beberapa batu asteroid yang telah sampai di bumi, contohnya batu Kryptonite yang membuatkan Superman lemah. Gurau je. Contoh sebenar, Meteorit Fukang, dipercayai berusia kira-kira 4.5 bilion tahun, telah ditemui berhampiran sebuah bandar dengan nama yang sama di China, pada tahun 2000.

Ia adalah pallasite, sejenis meteorit dengan kristal lut keemasan mineral dipanggil olivine tertanam dalam sarang perak nikel-besi. Ia adalah satu meteorit cantik, dan mungkin bahagian yang paling menakjubkan ruang angkasa yang pernah dilihat manusia .

Foto: dairishare.blogspot.com

Berbalik kepada tajuk, menurut NASA mereka sedang memerhatikan Asteroid Psyche 16 yang terletak di antara orbit planet Marikh dan Musytari itu. Dakwa NASA juga asteroid itu mengandungi emas yang cukup untuk menjadikan semua orang di bumi menjadi jutawan.

Selain itu juga ia dipenuhi dengan timbunan platinum, besi dan nikel. Dikira secara kasar, harga asteroid berkenaan dianggarkan bernilai 8,000 kuadrilion Pound.

Ini bermakna sekiranya mereka membawa pulang asteroid ini ke bumi ia mampu menghancurkan harga komoditi dan ekonomi dunia musnah. NASA juga mengumumkan bakal melancarkan misi penyiasatan asteroid itu pada musim panas 2022.

Sumber: himpunanceritalawak.com

Baca juga  Cukai Peniagaan Digital Akan Dikenakan Cadangan PM Malaysia
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *