Cari...

Antarabangsa Sains

Asteroid Dijangka Akan Memasuki Atmosfera Bumi

Kongsi
asteroid

Asteroid dijangka memasuki atmosfera bumi akan menghentam bumi pada bulan September ini menurut saintis yang telah melakukan kira-kira. Bagi pengetahuan umum, perkara ini jarang kali berlaku kerana adanya bulan sebagai perisai bumi untuk menahan banyak asteroid di luar sana. Namun, pihak saintis ini menjangkakan bahawa ia akan memasuki atmosfera bumi dalam bulan September mendatang.

Asteroid Memasuki Atmosfera Bumi

Kajian Agensi Angkasa Eropah (ESA) kali ini telah mengeluarkan maklumat terbaru mengenai Asteroid 2006 QV89 yang dikatakan berada pada jarak 6.7 kilometer dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.

Asteroid sepanjang 40 meter itu juga telah dijangka akan menghentam bumi pada 9 September tahun ini. Namun, keberangkalian perlanggaran itu berlaku hanya pada kadar 0.01 peratus sahaja.

asteroid memasuki atmosfera bumi
Foto: nasa

Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.

“Ia tidak mustahil berlaku, ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.

Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.

Apakah kesannya nanti terhadap bumi kita? Adakah akan mengakibatkan kemalangan jiwa atau ianya akan mengubah iklim bumi?

Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.

Adakah manusia akan pindah ke Planet Yang Menyerupai Bumi iaitu Kepler 452b.

Sumber: www.ohmedia.my

Baca juga  Big Barbie Queen Menangi Pertandingan Ratu Cantik
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *