Cari...

Antarabangsa Islamik Style

Arab Saudi Membuka Kelab Malam, Adakah Sudah Akhir Zaman?

Kongsi

Arab Saudi memang terkenal dengan negara Islam. Tapi mengapa ia boleh jadi begini? Adakah kita diambang kiamat? Mereka tidak ingat pada Allah? Secara rasionalnya, kita di negara luar arab, memandang bahawa negara arab ini banyak memberi akhlak yang baik-baik untuk dijadikan contoh. Namun, sebaliknya terjadi pada hari ini kerana negara Arab membuka kelab malam untuk hiburan. Ini boleh menjatuhkan maruah agama Islam.

Kerajaan Arab Saudi bakal membuka kelab malam ‘halal’ pertama di negara itu, demikian menurut satu laporan pada Rabu. Rangkaian kelab malam terkemuka, White berkata, cawangan terbaharu mereka bakal beroperasi di bandaraya Jeddah tidak lama lagi selepas Dubai dan Beirut.

Foto: Eramuslim

“Cawangan terbaharu ini hanya menyediakan minuman tanpa alkohol sahaja,” kata pihak White menerusi Twitter dengan hashtag #JeddahDisco. Penyanyi popular kelahiran AS, Ne-Yo pula dijangka akan membuat persembahan pada malam pembukaan kelab malam itu nanti. Manakala tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual antara RM554 sehingga RM1109 setiap satu.

Pembukaan kelab malam itu telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial dengan beberapa netizen menyifatkan ia sebagai salah satu langkah pemodenan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.
Namun, menurut apa yang saya baca di berita Aljazeera, pihak berkuasa disana menafikan mahu membuka kelab malam terbabit.

Kita harus memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah supaya jauh dari segala perbuatan maksiat yang berleluasa ini. Hiburan seperti ini sangat melalai kan dan syaitan suka akan manusia yang gemarkan maksiat, bersentuh-sentuhan, apa lagi lelaki dan perempuan. Walaupun tiada arak, nafsu di dalam diri masih ada yang membolehkan perkara maksiat terjadi.

Sumber: maafsebut.blogspot.com

Baca juga  Pemakaian Cincin Di Jari Dapat Ketahui Personaliti Seseorang
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *