Cari...

Teknologi

Aplikasi Kemas Kini Palsu! Bahaya! Wang Anda Boleh Lesap!

Kongsi

Bahaya aplikasi kemas kini palsu yang berada di google playstore. Pengguna samsung di nasihatkan supaya berhati-hati. Aplikasi palsu yang bertujuan mencuri wang penguna telefon pintar Samsung.

Kira-kira 10 juta pengguna telefon pintar Samsung terdedah kepada risiko kehilangan wang sekiranya mereka memuat turun aplikasi ‘kemas kini’ palsu yang berunsur penipuan.

Memetik laporan MSN Money pada 7 Julai, aplikasi yang dinamakan ‘Updates for Samsung – Android Update Versions’ itu boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store.

Aplikasi Kemas Kini

Aplikasi tersebut dipercayai dinamakan sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai yang ingin mengemas kini telefon pintar Samsung mereka.

aplikasi kemas kini
Foto: youmobile.org

Pengguna telefon pintar Samsung perlu berhati-hati sebelum mengemas kini perisian.

Untuk makluman, Samsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan yang ingin mengemas  kini sistem Android melalui tetapan telefon pintar.

Aplikasi Palsu

Walau bagaimanapun, pengguna yang ingin memuat turun aplikasi palsu tidak mempunyai kaitan dengan Samsung itu dikenakan bayaran sebanyak AS$34.99 (RM145).

Lebih memburukkan keadaan, aplikasi berkenaan menyebabkan telefon pintar menjadi perlahan gara-gara iklan yang ditayangkan untuk menjana pendapatan bagi individu yang menciptanya.

Penganalisis perisian hasad CSIS Security Group, Aleksejs Kuprins yang mengesan aplikasi palsu itu berkata, aplikasi ‘Updates for Samsung’ tidak memberi sebarang nilai kepada pengguna-pengguna Samsung.

Ia menggunakan sistem pembayaran sendiri sekali gus bercanggah dengan peraturan Google dan menyebabkan data pembayaran anda boleh digodam.

Justeru, CSIS Security Group menasihatkan pengguna-pengguna Samsung agar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh syarikat itu untuk mengemas kini perisian tegar (firmware).

Caranya adalah dengan membuka ‘Tetapan’ (Setting) pada peranti Android anda dan pergi ke ‘Tentang telefon’ (About phone) dan pilih menu ‘Kemas kini Perisian’ (Software Update).

Baca juga  Malaysia Ingin Pelajari Teknologi Huawei

Sebaik-baiknya, pastikan setiap aplikasi adalah selamat sebelum memuat turunnya agar tidak mengandungi perisian hasad yang boleh mencuri wang anda.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *