Cari...

Hubungan

Antara Sebab Wanita Kerap Kena Tipu Sebelum Berkahwin

Kongsi

Terlalu banyak kisah sedih yang diceritakan para isteri setelah termakan janji manis si suami. Jika sebelum berkahwin, segalanya indah belaka. Terlalu banyak janji-janji manis ditabur, dan akhirnya menjerat ramai wanita.

Bukan semua lelaki mulut manis ini jahat, ada saja lelaki yang menabur janji manis dan menunaikan janji tersebut setelah berkahwin. Tetapi berapa ramai yang mampu memenuhi janji kepada pasangan setelah berumahtangga.

Hal ini harus dititikberatkan kerana ianya berkaitan dengan masa depan, jika wanita tersalah pilih pasangan, apa yang mereka boleh lakukan jika segalanya hanyalah kepura-puraan setelah mengahwini lelaki tersebut? Kebanyakkan isteri terpaksa berdiam diri dan menerima keperitan akibat ditipu hidup-hidup oleh suami.

Foto: Orami.co.id

Oleh itu, anda sebagai wanita harus soal selidik dahulu pasangan jika mahu lebih serius. Jangan kerana mereka nampak seperti seorang lelaki yang berkerjaya, anda terus tertipu. Antara sebab mengapa wanita mudah kena tipu oleh lelaki sebelum berkahwin ialah;

Terlalu percaya

Jangan meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada lelaki yang anda baru kenal. Anda seharusnya selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut. Kemungkinan besar dia telah menipu anda tanpa anda sedar.

Bergantung pada lelaki

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki yang belum menjadi suami anda. Ini kerana, ramai wanita terjerat kerana terlalu bergantung kepada duit lelaki, dan akhirnya terperangkap dalam masalah dan akhirnya terpaksa mengahwininya dalam keadaan terpaksa. Cari duit dengan titik peluh anda sendiri dan belajar berdikari.

Tidak komitmen

Kerana cinta, ramai wanita buta. Mereka merasakan cinta sudah memadai untuk merasa bahagia, mereka tidak memeriksa latar belakang dan jenis pekerjaan pasangan. Jika anda rasa lelaki berkenaan sering meluangkan masa dengan anda, dan nampak terlalu banyak masa terluang sebaiknya anda cuba bertanyakan tentang kerjayanya.

Baca juga  Fakta Lelaki Sempurna Dalam Pandangan Wanita

Sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w..t. Manusia tidak mampu mengubah takdir, namun anda boleh cuba kaji selidik terlebih dahulu jika mahu berkahwin, Takut nanti setelah berkahwin anda terkejut dengan perubahan suami anda. Banyak kes cerai terjadi kerana pasangan menipu pada awal perkenalan, dan menjerat mangsa menjadi isteri. Sekian petikan dari

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *