Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Antara Sebab Mengapa Wanita Pilih Lelaki Kaya

Kongsi
pilih lelaki kaya

Wanita pilih lelaki kaya memang banyak. Zaman yang serba canggih, sudah pasti memberikan pelbagai tekanan kepada kita. Dari segi perbelanjaan contohnya, harga barang semakin naik dan membebankan rakyat. Oleh kerana itu, tidak hairan ramai wanita diluar sana memilih untuk mencari lelaki berpoket tebal.

Pilih Lelaki Kaya

Kedengaran seperti mata duitan, namun itulah hakikat sebenarnya kehidupan pada masa kini. Bukan mudah hidup dalam keadaan serba kekurangan dan apatahlagi jika anda seorang wanita yang memiliki tanggungjawab yang besar.

Pilih Lelaki Kaya
Foto: magazine.job-like.com

Yang menjadi salah faham dimata masyarakat adalah apabila ada segelintir anak gadis bertindak untuk memikat suami orang yang berkedudukan stabil. Mereka hanya memikirkan tentang kemewahan yang bakal mereka terima daripada suami orang, mereka langsung tidak memikirkan hati dan perasaan wanita lain.

Menjamin keselesaan

Antara lain mengapa wanita suka memilih lelaki bekerjaya adalah kerana, ianya mampu menjamin keselesaan hidup selepas berkahwin. Apa salah mereka jika pasangan mereka mampu memberi keselesaan dan kemewahan? Mungkin sahaja sudah rezeki mereka. Jangan kerana sifat iri hati anda itu, anda cuba menafikan rezeki mereka.

Kerana Jodoh

Ada wanita yang jujur dan ikhlas dalam memberi cinta, dan keuntungannya ialah apabila mendapat pasangan yang stabil dari segi hartanya. Tidak dinafikan, akan ada orang yang bersangka buruk dan menganggap mereka menerima cinta si lelaki kerana hartanya, dan terus di cop wanita murah dan pengkikis harta lelaki.

Tidak menjadi masalah jika anda seorang yang sangat mementingkan kewangan, tetapi jangan pula kerana sikap tamak, anda sanggup meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

Baca juga  Anak Selalu Minta Makanan Ringan Adalah Tanda Mereka Stress
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *