Cari...

Uncategorized

Antara Kelebihan Wanita Tidak Suka Bersolek

Kongsi

Wanita sememangnya suka akan kecantikkan, apa sahaja yang boleh buat mereka kelihatan anggun dan menarik, mereka sanggup keluarkan duit dengan jumlah yang besar. Pernahkah anda terfikir bahawa ianya adalah pembaziran?

Tidak salah untuk anda ingin nampak sentiasa cantik dan menarik, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan kerana terlalu obses ingin cantik sehingga memudaratkan diri sendiri. Tahukah anda, bahawa kulit wajah juga mahu berehat dan bebas dari sebarang alat solek.

Bagi mereka yang tidak suka bersolek, jangan risau kerana sebenarnya ada banyak kelebihan jika anda tidak suka bersolek.

Foto: Rotikaya.com

1. Jimat Duit

Jimat duit anda, tak perlu hendak fikir bulan ini harus beli barang solek atau tidak. Selalunya mereka yang jarang bersolek, cukup sekali beli dan dapat tahan sehingga 6 bulan! Jimat kan?

 2. Kulit Lebih Sihat

Kebaikkan yang lain ialah anda akan memiliki kulit wajah yang sihat tanpa cela. Ini kerana, kita tidak tahu apa kandungan yang ada dalam barangan solek tersebut.

Kulit sememangnya perlukan rehat dan bebas dari solekan.

3. Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi

Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.

4. Boleh terus tidur

Ini antara yang paling malas untuk dilakukan sebelum tidur, iaitu mencuci muka! Ada diantara mereka yang terlalu letih kerana bekerja seharian, merasa sangat malas untuk mencuci muka, jika boleh mahu saja terus tidur tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan dan apa yang belum dilakukan.

5. Solat tanpa perlu cuci muka

Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa. Sekian petikan dari kisahdunia.com

Baca juga  Terlalu Kasar Sapu Losyen Pada Kulit, Ini Cara Sapu Losyen Yang Betul
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *