Cari...

Info Menarik Kesihatan

Antara Kelebihan Ikan Haruan Yang Boleh Di Manfaatkan

Kongsi
kelebihan ikan haruan

Ada banyak kelebihan ikan haruan yang boleh di manfaatkan dalam kehidupan seharian kita. Ikan haruan selalunya banyak digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk mengubati luka dalaman. Ia juga baik untuk membaik pulih sel-sel yang rosak.

Ikan haruan merupakan haiwan yang mempunyai daya tahan untuk hidup lama. Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesis ikan air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.

Ikan haruan suka makan ikan lain yang lebih kecil, kadangkala katak juga menjadi santapannya. Oleh kerana ia adalah ikan air tawar, ia sering boleh ditemui di kawasan-kawasan tasik dan sungai. Mari kita lihat beberapa fakta menarik yang di ambil dari laman sesawang www.bidadari.my.

kelebihan ikan haruan
Foto: herinpirasi.com

Fakta menarik tentang ikan haruan:

  • Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia.
  • Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air tawar lain iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan beratnya.
  • Ikan haruan turut mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
  • Ikan haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka dan juga baik untuk penyakit gastrik.
  • Selain itu ikan haruan juga mengandungi glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
  • Ikan haruan turut mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

Kelebihan Ikan Haruan

1. Menyembuhkan luka

Ikan haruan juga digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya.

Baca juga  Pilih Kucing Berbanding Suami Sehingga Bercerai

Kebiasaannya, wanita selepas bersalin terutamanya yang melalui pembedahan C Sec akan mengambil pati haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.

Ekstrak haruan mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Haruan mengandungi glisin, asid amino penting yang diperlukan.

Ia juga mempunyai asid arakidonat dan asid lemak tak tepu pada tahap yang tinggi yang menghasilkan kesan anti-radang dan menggalakkan sintesis prostaglandin, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu.

Ia juga menggalakkan pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka.

Satu kajian yang pernah dilakukan oleh Prof. DR. Dr. Nurpudji dari Universiti Hasanudin, Makassar, menunjukkan bahwa kadar albumin pada pesakit di RS Wahidin Sudiro Husodo banyak mengalami peningkatan setelah beberapa kali memakan ikan haruan, sehingga mempercepat proses penyembuhannya.

Kajian yang sama juga telah dilakukan di RS Umum Dr. Saiful Anwar Malang menunjukkan, bahwa pemberian 2 kg ikan haruan masak setiap hari kepada pesakit selepas pembedah dapati meningkatkan albumin mereka menjadi normal.

Sementara itu kajian yang dilakukan di Universiti Hasanudin juga menunjukkan peningkatan kadar albumin dalam darah pesakit dari 0,6 hingga 0,8 g/dl setelah diberikan ekstrak ikan  haruan selama 10 hingga 14 hari.

2. Merawat sakit kulit

Hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila pesakit memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan, atau disapukan krim berasaskan ikan haruan. Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.

Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.

Baca juga  Risiko Stress Terhadap Penjawat Awam, Tinggi

“Krim haruan boleh digunakan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi. “Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.

3. Baik Untuk Kulit & Awet Muda

Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan. Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagen dapat mencantikkan kulit.

4. Baik Untuk Tumbesaran Anak

Kekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia, yang mana suatu keadaan disebut dengan hipoalbumin. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh, sehinggakan bagi anak kecil boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh juga menyebabkan anak mudah sakit.

Satu kajian menunjukkan bahawa  anak kecil yang mengambil ikan haruan secara teratur memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.

Albumin sangat diperlukan untuk perkembangan otak, terutama bagi anak kecil yang berada pada fase emas pertumbuhan (golden age). Dengan demikian, memberinya makan ikan haruan dapat membantu mencegah masalah anak yang kurang cerdas.

Kadar albumin yang normal antara 3,5-4,5 g/dl, jika kurang dari 2,2 g/dl boleh menyebabkan masalah pada tubuh. Ianya boleh dilihat pada anak yang mengalami terbantutnya pertumbuhan, padahal jika diperhatikan sebenarnya tak pernah kekurangan makan atau gizi.

Jika hal ini terjadi terus-menerus, anak akan mengalami gangguan pertumbuhan yang boleh menyebabkan kurus atau seperti anak yang kekurangan zat.

Baca juga  Mulberi Merupakan Pemerah Bibir Dan Pipi Semulajadi

Disini ada satu resepi ikan haruan yang boleh anda jadikan sebagai lauk tengahari. Bagi suri rumah yang tak tahu memasak ikan ini, boleh ambil resepi ini dan selamat mencuba!

Resepi sup ikan haruan:

Bahan bahannya:

  • 1 ekor ikan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 cm halia
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Daun bawang dan daun sup

Tumis semua bahan kecuali ikan, daun sup dan daun bawang. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam keping dan amsak sehingga isi ikan empuk. Taburkan daun bawang dan daun sup, sedia untuk dimakan.

Semoga artikel ini memberi banyak manfaat kepada anda yang menyukai ilmu pengetahuan. Sila share kepada rakan-rakan supaya manfaat ini dapat diguna untuk semua orang.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *