Cari...

Kesihatan

Antara Barangan Di Rumah Yang Boleh Menyebabkan Kanser

Kongsi

Barangan dirumah kadangkala boleh menyebabkan kanser secara kita tidak sedar. Mengapa ia boleh berlaku? Hal ini kerana barangan ini menghasilkan radiasi dengan jumlah yang sangat kecil. Namun, apabila selalu terdedah kepada kita, mungkin akan mengaktifkan sel kanser anda.

Menurut Persatuan Kanser Amerika, kanser adalah disebabkan oleh perubahan dalam sel DNA. Perubahan ini boleh diwarisi, atau boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar. Karsinogen tidak selalu menyebabkan kanser. Ia bergantung kepada berapa banyak seseorang itu terdedah kepada karsinogen dan juga genetik orang itu.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Kanser berlaku dimana sel badan sihat kita menjadi yang tidak sepatutnya. Maksudnya, termutanisasi dengan persekitaran yang menyebabkan DNA manusia berubah. Namun, di alam nyata, mutanisasi tidak sama seperti yang di gambarkan dalam filem-filem Amerika.

Sebenar secara tidak sedar ada objek isi rumah yang boleh menyumbang kepada pengaktifan sel kanser. Dan barang-barang atau objek tersebut anda gunakan setiap hari. Antaranya ialah:

Penyegar Udara

Kebanyakan penyegar udara – walaupun yang bertanda “semulajadi” atau unscented “mengandungi sebatian toksik berbahaya yang diketahui menyebabkan kanser. Satu kajian dari University of Colorado mendapati bahawa beberapa bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan penyegar udara mencetuskan pertumbuhan tumor.

Produk Pembersihan

Berhati-hati dengan bahan kimia alkylphenols, triclosan dan tetrachlorethylene. Menurut Tabung Kanser Payudara, ini adalah bahan kimia yang biasa terdapat dalam produk pembersihan yang telah didapati mengandungi karsinogenik.

Peralatan seni

Superglue, cat akrilik, pelarut, dan permanent marker biasanya mengandungi bahan kimia karsinogenik. Kalau anda kerap terdedah atau ada contact dengan bahan seni ini, mungkin risikonya tinggi. Elakkan menggunakan bahan seni yang mempunyai bahan kimia berbahaya dengan menggunakan alatan seni yang berasaskan air.

Baca juga  Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit

Lilin pewangi

Kebanyakan lilin wangi mempunyai sifat karsinogenik yang sama dengan penyegar udara. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menggunakan lilin lebah yang menggunakan sumbu kapas.

Bekas plastik

Plastik mengandungi bahan kimia yang dipercayai mengandungi endokrin yang boleh membawa kepada tumor kanser. Bekas plastik mengandungi ikatan BPA yang tidak stabil dapat menyebabkan sejumlah kecil zat kimia ini terlepas ke dalam makanan terutamanya ketika ia dalam keadaan panas atau di panaskan. Oleh itu, Walaupun ada bekas makanan yang di katakan sesuai untuk kegunaan gelombang mikro, sebenarnya tidak. Jadi anda perlu lebih hati-hati.

Menurut Universiti Harvard, anda boleh memindahkan makanan ke dalam gelas atau bekas seramik sebelum menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan plastik daripada mencemarkan makanan anda. Oleh itu, Anda digalakkan menggunakan bekas plastik tanpa bisphenol-A atau BPA.

Pencegahan

Oleh itu, kita kena mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencegah kanser daripada berlaku. Sebenarnya daun bawang juga boleh dijadikan sebagai ubat pencegah kanser dan penyakit lainnya. daun bawang juga dapat melancarkan pencernaan serta meningkatkan nafsu makan. [1]

Kandungan allicin dalam daun bawang memiliki peran aktif dalam mencegah bakteri mahupun virus. Daun bawang memiliki kandungan yang dapat menurunkan peluang terjadinya kanser usus besar, kandungan allicin dalam daun bawang juga dapat menghambat pertumbuhan sel kanser.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *