Cari...

Entertainment Hubungan unik

Anjing Lebih Bersih Berbanding Lelaki Berjanggut- Kajian

Kongsi

Anjing adalah haiwan yang sangat setia dengan tuannya, ia akan tetap setia walau dalam apa jua keadaan. Oleh kerana itu, ramai dikalangan kita terutamanya mereka yang bukan beragama islam gemar memelihara anjing.

Ramai yang berpendapat anjing kelihatan lebih kotor dari manusia, dari segi fizikalnya. Tetapi, tahukah anda bahawa, rupanya anjing lebih bersih daripada lelaki yang berjanggut. Demikian kesimpulan sebuah kajian terkini yang mendapati janggut lelaki didapati mengandungi kadar kuman yang lebih tinggi daripada bulu anjing.

Dalam satu kajian, penyelidik di Klinik Hirslanden berdekatan Zurich, Switzerland, membandingkan kandungan mikroorganisma dalam janggut dan jambang 18 orang lelaki dan 30 ekor anjing.

anjing
Foto: Bm.cari.com.my

Mereka mendapati 100% daripada lelaki itu mempunyai kandungan bakteria yang tinggi dibandingkan dengan hanya 23 daripada 30 ekor anjing mempunyai kadaran yang sama. Lebih mengejutkan tujuh daripada lelaki itu didapati membawa kuman berbahaya yang boleh mengakibatkan penyakit teruk, lapor BBC.

Kajian yang diterbitkan awal bulan ini itu dan menjadi viral bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada sekumpulan lelaki berjambang. Menurut Keith Flett, pengasas kepada persatuan Barisan Pembebasan Jambang (BLF), keputusan kajian itu meragukan.

“Saya rasa kebarangkalian untuk mendapat kadar mikroorganisma sangat tinggi buat sesiapa yang mempunyai rambut, tidak semestinya pada jambang,” katanya mempertahankan. “Jadi saya tidak percaya mempunyai janggut atau jambang itu tidak bersih,” katanya lagi.

Beliau turut membidas pelbagai cerita negatif di media mengenai lelaki yang memiliki jambang kerana mengakibatkan pogonophobia, iaitu ketakutan terhadap mana-mana lelaki yang memiliki jambang.

Nampaknya, kajian ini satu teguran kepada lelaki yang berjanggut dan berjambang supaya sentiasa menjaga kebersihan mereka. Jika anda menjaga janggut dengan baik, sudah pasti anda akan kelihatan lebih segak dan kemas. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Big Barbie Queen Menangi Pertandingan Ratu Cantik
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *