Cari...

Info Menarik Psikologi

Anak Yang Bijak Sebenarnya Genetik Dari Ibunya-Kajian

Kongsi
anak bijak

Anak yang yang bijak sebenarnya genetik dari seorang ibu menurut satu sumber yang membuat kajian tentang genetik ibubapa. Sejauh mana kesahihan ini, ia hanya kajian yang dibuat.

Menurut Reader Digest, ia berkait rapat dengan genetik bijaksana yang banyak dibawa oleh kromosom X.

Wanita akan membawa dua kromosom X, manakala lelaki membawa satu kromosom X dan Y. Disebabkan ini, kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak banyak disumbangkan oleh kromosom daripada ibu.

Terdapat juga kajian terdahulu pada 1994 oleh Medical Research Council Social dan Public Health Sciences Unit, dimana satu kaji selidik telah dijalankan ke atas 12,686 individu berusia 14 hingga 22 tahun.

Kajian itu mengambil kira tahap IQ, bangsa, latar belakang pendidikan, status sosio ekonomi dan banyak lagi. Hasilnya? Tahap IQ yang tinggi kebanyakkan datang dari ibu mereka.

Selain itu, dari segi psikologi pula membincangkan peranan ibu yang membesarkan anak sejak dari kecil dan menjadi ikutan anak-anaktelah menyokong fakta bahawa kebijaksanaan anak datang daripada ibunya.

Namun, ini tidak sama sekali menolak fungsi bapa yang turut menyumbang kepada kepintaran anak, malah ada kajian menunjukkan bapa yang berusia mempunyai anak yang lebih bijak berbanding bapa muda.

Baca juga  Wanita Lebih Hebat Sembunyikan Kecurangan Berbanding Lelaki -Kajian
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *