Cari...

Gaya Hidup

Anak Selalu Minta Makanan Ringan Adalah Tanda Mereka Stress

Kongsi
makanan ringan

Tahukah anda jika anak selalu minta makanan ringan atau wang beli jajan adalah petanda mereka sedang mengalami stress?

Ahli psikologi berpendapat ketika anak selalu minta makanan ringan lebih, pastikan sama ada mereka mempunyai tekanan emosi. Anak yang stress atau mempunyai masalah, baik di rumah atau di sekolah selalunya akan bertindak sedemikian.

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang akan “online shopping” apabila stress, anak-anak juga akan berkelakuan begitu.

Cara Penyelesaian Bila Anak Minta Duit Untuk Beli Jajan

makanan ringan
Foto: bobo.grid.id

Jika anak anda sering minta makanan ringan atau jajan, atau minta duit lebih dari anda untuk beli jajan, apa yang anda akan lakukan? 

Terdapat beberapa parents yang lebih selesa untuk memberi duit pada anak buat membeli makanan ringan. Tapi, jika selama ini anda biasa mengatakan “ini duit beli makanan ringan (jajan) kamu ya” mungkin lebih baik anda mengubahnya kepada “ini wang saku kamu!

Kenapa duit beli makanan ringan atau jajan ini perlu diubah kepada duit saku?

Dalam program “Digital Financial Literacy for Children” di Jakarta, seorang ahli psikologi remaja dan kanak-kanak, Roslina Verauli menjelaskan perkataan “duit beli jajan” akan menimbulkan persepsi pada anak yang duit tersebut memang dikhususkan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja.

Ini bermaksud duit itu tidak perlu digunakan untuk menabung atau disimpan. Bukankah lebih baik duit itu tidak digunakan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja? Petikan dari my.asianparent.com.

Baca juga  Tidak ramai Yang Mengetahui Pentingnya Doa Istikharah Dalam Soal Jodoh
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *