Cari...

Gaya Hidup Islamik

Anak Gadis Sudah Pandai Berkeliaran Menggatal Dengan Lelaki

Kongsi

Anak Gadis Sudah Pandai Berkeliaran Menggatal Dengan Lelaki . Gadis berkeliaran menggatal dengan lelaki sangat mendukacitakan bahawa bila kita melihat anak-anak kita berkeliaran, menjadi buah mulut orang. Dalam keadaan tidak sedar, anak anda menjerumus kedalam kemaksiatan.

Walau ayah anda, abang anda, soleh macam mana pun, perempuan ini suka mengikut nafsu nya sahaja, jika tidak di beri perhatian boleh membinasakan diri sendiri. Bukan kita nak mengata, tapi hakikatnya inilah yang terjadi pada remaja zaman sekarang.

Anak Gadis Menggatal Dengan Lelaki

Mereka tidak segan silu menonjolkan kelakuan berdua-duaan di depan ibu bapa. Malah ibubapa nya sendiri tidak perihatin dengan keadaan tersebut. Dengan membiarkan sahaja akan mengundang padah di kemudian hari. Malah, bercinta-cinta pada zaman remaja adalah tidak digalakan dalam Islam.

wanita menonjol dengan lelaki
Foto: tipsanakbayi.com

Hal ini kerana, semasa mereka dalam zaman ini, mereka merasakan bahawa mereka adalah yang terbaik, “The Best In The World”. Itulah lagak gaya mereka. Namun, mereka tidak tahu bahawa semua pakaian, motorsikal, masih di bawah tanggungan ibu bapa.

Fikir sejenak untuk menyelami nasib mereka yang akan datang, jangan sia-siakan peluang remaja mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi dengan gaya melepak di tepi jalan. Memang ramai yang terkesan, tapi ingat, kita hidup untuk apa?

Kita hidup dimuka bumi diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah, menjaga keamanan dunia, menjaga silaturahim, mencegah kemungkaran, menepis kemaksiatan, jauh dari sifat jahil, dan beriman dengan sebenar-benar iman seperti Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dua penyakit yang harus kita hindari iaitu

Pertama: Cintakan dunia

Sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.

Baca juga  Keliru? Beza "Serve No Pork" Dengan Logo Halal

Kedua: Takut mati

Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.

Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:

Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].

Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

wanita menonjol dengan lelaki
Foto: kumparan.com

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga – [Riwayat Bukhari].

Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah. Semoga remaja kita sentiasa kehadapan dan menjaga tingkah laku yang di anjurkan dalam Islam.

Sumber: mStar

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *