Cari...

Islamik Tips Menarik

Jadikan Anak Bijak Dengan Mengamalkan Ayat Ini

Kongsi

Jadikan anak bijak memang sesuatu yang sukar. Semua ibubapa pasti inginkan anaknya menjadi seorang yang bijak dan pandai. Hal ini kerana supaya sudah besar mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan baik dan tidak membuatkan ibubapa risau tentang masa depan mereka.

Jika anda tertanya-tanya sama ada kebijakan adalah antara keistimewaan anak anda, para pengkaji ada menyediakan beberapa petunjuk untuk anda lihat dan semak. Ya, kepandaian anak anda boleh diketahui dengan lebih awal, sebelum mereka mula mengambil peperiksaan di sekolah lagi.

Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu. Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu.

Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak menjadi seorang yang pandai. Ikuti perkongsian Pengiran M. Nizam Rahman  yang menyentuh mengenai amalan kakaknya agar anaknya menjadi seorang yang bijak.

jadikan anak bijak
Foto: Pa&Ma

Mohon hajat untuk anak

Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak-bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana lah.

M.Nizam

Caranya:

Setiap pagi baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”

*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.

Baca juga  Tempoh Puasa Yang Paling Lama Di Dunia

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah, doa kita dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah jua tempat kita memohon pertolongan dan perlindungan. Minta pada Allah merupakan perkara paling penting kerana kita sebagai hambanya hanya boleh berserah kepada Allah. Selepas itu, terserah kepada Allah. Yang penting, kita ada berdoa dan yakin bahawa Allah sentiasa ada membantu.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *