Cari...

Info Menarik Kecantikkan

Amalan-Amalan Ini Mampu Buatkan Anda Sentiasa Nampak Cantik

Kongsi

Kecantikkan sangat sinonim dengan wanita, mereka sememangnya mengutamakan kecantikkan luaran berbanding dalaman. Dan disebabkan itu, ramai wanita yang apabila membuang mekap mereka, mereka lebih kelihatan tua dari usia.

Bagaimana untuk mengekalkan kecantikkan sehingga ke hari tua? Sebenarnya untuk kelihatan secara sali dan kekal bukan perkara susah, tidak perlu mengeluarkan modal banyak dan amalkan beberapa tips yang bakal dikongsikan ini. Rumit jadi wanita kan?

Tidak seperti lelaki, mereka lebih santai dan tidak terlalu taksub dengan kecantiikan wajah. Cukup dalam keadaan kemas dan bersih, ianya sudah memadai. Sebenarnya Islam sendiri punya cara tersendiri untuk menjaga kecantikan wajah, namun biarlah berpada-pada.

Foto: Bicara Wanita

Sebenarnya tidak perlu membuang duit hanya kerana mahu cantik, cukuplah anda membelanjakan dengan bijak bagi mendapatkan kulit yang sihat. Bagi yang beragama islam, sudah pasti percaya bahawa setiap isi dalam Al-Quran mampu merawat segala penyakit, malah untuk kecantikkan sekalipun.

Berikut tip yang dikutip hasil perkongsian di Facebook  Q’reena    

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 kali, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka, tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3 kali, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 kali. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

Baca juga  Mengatasi Kulit Berminyak Dengan Berkesan

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isyak, amalkan baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 kali, ditiupkan pada segelas air dan niatkan.

“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 kali sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud.

Kecantikkan itu sememangnya milik Allah s.w.t, Lakukannya dengan tekun dan yakin, insyaAllah kulit akan menjadi lebih sihat. Kecantikkan terserlah jika badan kita sihat dan cergas. Sekian petikan dari Facebook Q’reena

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *