Cari...

Info Menarik Kesihatan Pertanian

Amal Diet Sihat Dengan Khasiat Belimbing Madu

Kongsi
belimbing madu

Khasiat belimbing madu baik untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Terdapat banyak khasiat belimbing madu ini, ianya memiliki kandungan vitamin, mineral dan zat yang baik kepada  tubuh manusia.

Selain itu, ia mampu memberikan kecantikan dan kesihatan kepada kita. khususnya kepada golongan wanita yang sedang dalam proses diet, buah belimbing madu adalah salah satu solusinya.

Buah belimbing madu mengandung  mineral, kalori, protein, karbohidrat, dan beberapa vitamin. Sehingga kini, tidak heran jika buah ini juga sering digunakan sebagai bahan pembuatan ubat dalam rawatan herbal. Rasa belimbing madu yang manis dan tidak memiliki serat menyebabkan belimbing madu lebih disukai jika dibanding jenis belimbing lain.

Nama Biasa : Belimbing
Nama Saintifik :
 Averrhoea carambola
Keluarga :
 Oxalidaceae

Asal :
Belimbing Besi dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Belimbing boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Johor, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kegunaan :
Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan.

#Tips Penanaman Buah Belimbing Madu

Untuk mendapatkan buah yang berkualiti, sebahagian daripada buah belimbing madu tersebut perlu dibuang terutama yang saiznya tidak sekata dan kecil. Lebih elok lagi kalau buah belimbing madu ini dapat dibungkus menggunakan plastik atau kertas supaya tidak kena serangan lalat buah.

khasiat belimbing madu
Foto: usahawan.com

Khasiat Belimbing Madu

1. Sedang dalam mood diet

Khasiat seperti kandungan vitamin C, serat dan air pada belimbing madu mampu membuat seseorang itu rasa kenyang lebih lama dan ia mampu membantu program diet harian anda. Sebagai maklumat tambahan, selain belimbing madu ini, anda juga boleh amalkan makan buah almond dimana fungsi nya sama dengan belimbing madu.

Baca juga  Kucing Ini Ditahan Dan Disiasat Kerana Permit Palsu

2. Penjagaan kulit

Belimbing  madu ini mampu membantu menjaga kesihatan kulit dengan kerana ia terkandung dengan Vitamin A dan E. Vitamin E pada buah belimbing madu ini merupakan sumber vitamin yang dimana ia mampu menjaga kesihatan kulit wajah dan badan. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan produk kecantikan wajah sering mengandungi vitamin E ini sebagai bahan utama.

3. Mengawal radikal bebas

Radikal bebas yang bersifat sangat reaktif ini mampu menyerang molekul di dalam tubuh seperti lipid, asam nukleat, dan protein sebagai target utama. Ini boleh menyebabkan kerosakan sel, protein, dan DNA, serta gangguan keseimbangan dalam tubuh seseorang.

4. Pencernaan

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit disarankan mengambil buah belimbing madu sebagai alternatif mengatasi masalah sembelit ini. Dengan kandungan serat, tanin dan air yang tinggi dalam belimbing madu membantu dalam melancarkan proses pencernaan di dalam tubuh.

5. Penyakit barah

Buah belimbing madu yang mengandungi lavonoid dan antioksidan ini dapat membantu melindungi sel di dalam tubuh terhindar daripada penyakit barah. Ia mampu membantu fungsi enzim untuk bekerja secara optima di dalam tubuh kita.

6. Darah tinggi

Individu yang mengalami penyakit ini, boleh cuba mengamalkan buah ini dalam harian. Buah belimbing madu ini merupakan pemakanan yang sihat dalam mencegah penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Natrium rendah dan kalium yang tinggi di dalam buah ini telah menyebabkan buah ini menjadi salah satu ubat untuk anti hipertensi.

7. Baik untuk mata

Untuk mendapatkan mata yang sihat, pasitkan anda makan buah belimbing madu ini. Vitamin A yang terdapat pada buah belimbing madu unu dapat menjaga serta merawat mata kita dengan baik.

Baca juga  Khasiat Buah Epal Membuatkan Kulit Anda Berseri

8. Mengawal kolestrol

Belimbing madu ini mampu mengawal kolestrol berlebihan pada tubuh kita. Ektin yang terdapat di dalam buah ini mampu mengikaat kolestrol dan asam empedu dalam usus serta membantu pengeluarannya sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

9. Sistem imunisasi badan

Vitamin C yang tinggi di dalam belimbing madu ini sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi pada tubuh badan.

10. Sel darah merah

Kebiasaannya, bagi ibu yang hamil mungkin mengalami anemia(kurang tidur) yang serius. Buah belimbing madu ini mengandungi zat besi dimana ia mampu membantu dalam pembentukan hemoglobin dari sel darah merah. Hemoglobin ini berperanan dalam menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta janin.

Banyak khasiat yang kita perolehi dari belimbing madu ini. Sekiranya anda menyukai belimbing madu, apa kata share dengan rakan-rakan anda yang lain supaya mereka tahu dengan khasiat belimbing madu ini.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *