Cari...

Hubungan

Adab Bercakap Dengan Suami, Isteri Mesti Jaga 9 Ayat Ini

Kongsi

Adab bercakap dengan suami penting dalam menjaga hubungan keluarga bahagia. Menjaga adab apabila bersama suami adalah sangat penting, ramai dikalangan remaja yang kahwin muda mudah terlanjur kata-kata. Mereka tidak mengambil serius akan adab ketika bersama suami. Padahal ianya adalah wajib dipatuhi dan berdosa jika berkasar dengan suami.

Adab Bercakap Dengan Suami

Sudah lumrah seorang wanita, apabila mudah mengeluarkan kata-kata kesat apabila hati dalam keadaan marah dan kecewa. Bukan mudah untuk mengawal kata-kata, jika anda sudah terlanjur mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, segelah meminta maaf kepada suami anda. Berdosa jika suami anda terasa dan merajuk kerana sikap kurang sopan anda itu.

Adab Bercakap Dengan Suami
Foto: baituljannah.com

Mari kita sama-sama elak daripada menyebut 9 ayat berikut, agar perkahwinan kita lebih tenang dan bahagia, ya? 9 ayat isteri patut berhenti cakap pada suamiTerkadang ada saja perkara yang tidak disedari berlaku dalam rumah tangga.

1 “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”

Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah directsangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!

2 “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”

Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!

Baca juga  Jangan Pamerkan Kemesraan Jika Niat Hanya Ingin Menunjuk

3 “Saya gemuk.”

Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!

4 “Tak tahu. Ikut awak lah.”

Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.

Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!

5 “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”

Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.

6 “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”

Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-samacara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.

7 “Awak tak pernah…”

Jangan sesekali mengatakan bahawa suami anda tidak pernah membantu anda, ianya adalah sesuatu yang sangat sensitif. Seolah-olah suami anda langsung tidak berguna dan memperlekehkan mereka. Sebenarnya mereka telah banyak berkorban untuk isteri dan anak.

8 “Bila nak dapat kerja?”

Soalan ini adalah soalan yang sangat sensiti dan tidak disukai lelaki. Zaman sekarang bukan mudah untuk mendapat kerja. Jika anda boleh bersabar, bersabarlah sekejap. Jangan terlalu memaksa kerana takut nanti suami anda berasa sedih dan merasa diri tidak berguna.

Baca juga  Hancur Hati Kerana Cinta, Ini Cara Untuk Mengatasinya

9 “Tak ada apa-apa.”

Selalunya anda akan mendiamkan diri ketika sedang merajauk. Sebenarnya ianya adalah salah, berdosa jika seorang isteri bermasam muka dengan suami. Jika ianya masih boleh dibawa berbincang, duduklah berbincang dan mencapai kata sepakat.

Dalam sesuatu hubungan, sangat penting sikap toleransi. Cuba memahami pasangan dan harus banyak bersabar. Kerana hidup berumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Sekian petikan dari mediamaklumat.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *