Cari...

unik

9 Restoran Paling Unik Dan Pelik di Dunia

Kongsi

Restoran yang unik dan pelik boleh memberikan pengalaman yang menarik bagi setiap pengunjung yang mengunjungi restoran tersebut. Setiap restoran mempunyai imej dan dekorasi tersendiri yang sudah pastinya bertujuan untuk menarik pelanggan.

Berikut merupakan 9 restoran ini diiktiraf sebagai antara restoran paling unik dan pelik di dunia.

1. Under (Norway)

Foto: Mirror

Restoran Under yang terletak di Norway adalah restoran bawah laut pertama di Eropah. Uniknya, restoran ini mempunyai jendela kaca gergasi yang membolahkan pelanggan melihat pemandangan di dasar laut ketika menikmati makanan. 

Restoran ini bagaimanapun, sangat laris dan memerlukan tempahan yang lama. Setakat ini, sudah 7,000 bakal pelanggan masih menunggu giliran.

2. More Than Toilet (Shanghai, China)

Foto: mirror

Segala-galanya berkisar mengenai tandas di restoran More Than Toilet yang terletak di Shanghai. Meja makannya diperbuat daripada sinki tandas disaluti kaca dan tempat duduknya juga adalah mangkuk tandas. 

Foto: explorasa.cari.com.my

Makanannya pula dihidangkan di atas pinggan mangkuk berbentuk tandas dan minumannya di dalam cawan seperti tempat membuang air kecil. Tidak sesuai buat mereka yang mudah mual.

3. Giraffe Manor (Kenya)

Foto: mirror

Di restoran Giraffe Manor yang terletak di Nairobi, Kenya pelanggan akan makan bersama-sama zirafah kerana restoran itu dikelilingi kandang haiwan tersebut. Jangan hairan ketika anda makan dan tiba-tiba haiwan berleher panjang ini akan muncul di jendela untuk berkongsi hidangan anda.

4. Dans le Noir (UK)

Foto: mirror

Restoran yang terletak di United Kingdom ini tidak sesuai buat mereka yang takutkan kegelapan kerana ruangannya gelap gelita. Kesemua pelayannya terdiri daripada mereka yang buta dan tujuan restoran ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada anda hidup seperti mereka di samping menghargai deria penglihatan. Tetapi awas, tandasnya juga bergelap sepenuhnya.

Baca juga  Face Licker Gula-Gula Wajah Sendiri Menjadi Kegilaan

5. New Lucky (India)

Foto: awaaznation.com

Jika anda suka restoran yang mempunyai suasana seram, apa kata anda mencuba restoran New Lucky di India? Restoran ini mengajak anda makan dengan dikelilingi jasad orang mati. Ini kerana, ianya terletak di kawasan perkuburan. Menurut pemiliknya, ianya dikatakan akan membawa tuah kepada pelanggan yang berani makan di situ. 

6. Cabbages & Condoms (Thailand)

Foto:mirror

Cabbages & Condoms adalah sebuah restoran di Thailand yang dimulakan sebagai satu cara pemiliknya mempromosikan gaya hisup seks yang sihat memandangkan masih ramai yang segan membincangkan penggunaan kondom di negara itu. 

Berikutan merebaknya HIV/AIDS, pemiliknya bercadang ingin mengembangkan lagi restoran itu ke beberapa buah bandar lain sebagai satu usaha membendung penyakit tersebut.

7. Steaks on a Plane (UK)

Foto:mirror

Terletak di Bolton, UK, restoran Steaks on Plane ini menghidangkan makanan di atas Boeing 737. Sayap kapal terbang ini telah dipotong tetapi kokpitnya masih utuh. Ruangan dalamnya telah diubah suai dengan meja dan kerusi untuk menghidangkan makanan. Dibuka pada tahun 2015, restoran ini telah menarik pelanggan seluruh UK.

8. Ninja (New York)

Foto: carian google

Ingin berada seperti dalam adegan filem pertarungan? Makanlah di restoran Ninja, New York. Anda pasti akan teruja dengan adegan pertarungan ninja berterbangan di siling restoran dan mungkin bersembunyi di belakang tandas anda.

9. Heart Attack Grill (USA)

Foto: carian google

Dengan makanan mengkhusus kepada daging yang dibakar, restoran ini dinamakan sebagai Heart Attack Grill merujuk kepada saiz makanannya yang sememangnya besar dan tidak akan diizinkan oleh doktor anda. 

Pelayannya akan berpakaian sebagai jururawat dan memanggil anda sebagai pesakit. Menunya pula kelihatan seperti senarai ubat-ubatan. 

Pastinya berkunjung ke restoran seperti ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jika diberi peluang, restoran mana anda ingin merasai suasananya? Jangan lupa kongsikan di facebook anda!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *