Cari...

Tips Menarik

9 Cara Untuk Membanteras Kumbang Beras Secara Berkesan

Kongsi

Kumbang beras, bubuk atau ‘grain weevil’ ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya apabila telah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah. Maka, tidak hairanlah ia boleh berada dalam pek beras atau tepung yang baru kita beli di pasaraya.

Jika dibiarkan kumbang ini ‘bersarang’ dalam bekas atau plastik simpanan beras, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Maka dengan itu, kita perlulah mengusirnya seawal mungkin apabila ternampak ‘kelibat’ kumbang beras ini. Berikut adalah 8 cara hilangkan kumbang beras yang boleh anda lakukan di rumah:

Foto: Illustrasi

1. DAUN LIMAU PURUT

Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus membuang bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kumbang beras sangat tidak menyukainya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kumbang beras dapat diusir dengan cepat.

Foto: Illustrasi

2. ASAM KEPING

Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kumbang beras adalah asam keping atau asam gelugur kering. Caranya senang, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup. Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.

Foto: Illustrasi

3. DAUN PANDAN

Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak disukai oleh kumbang beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda. Anda juga boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering dulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Foto: Illustrasi

4. CILI KERING

Menggunakan cili kering merupakan cara yang selalu diguna pakai oleh kebanyakkan orang. Caranya, potong cili kering kepada dua dan letakkan dalam beras anda. Rasa pedas dan panas ini akan menjadikan kumbang beras lari. Akan tetapi, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.

Foto: Illustrasi

5. KULIT KAYU MANIS

Baca juga  Tidur Dengan Lampu Terbuka Punca Badan Anda Jadi Gemuk

Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda.

Foto: Illustrasi

6. JEMUR BAWAH MATAHARI

Jika anda mendapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kumbang beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper. Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kumbang beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.

Foto: Illustrasi

7. GUNAKAN KAIN LEMBAP

Salah satu cara hilangkan kumbang beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kumbang-kumbang akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kumbang suka berada di kawasan yang lembab. Apabila hampir penuh, buangkan kumbang tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi  kumbang beras. Anda juga boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.

Foto: Illustrasi

8. MASUKKAN BERAS DALAM PETI AIS SEJUK BEKU

Untuk memastikan kesemua kumbang beras mati, anda boleh simpan beras ke dalam peti ais di bahagian sejuk beku selama 3 hari. Kemudian, keluarkan dan simpan macam biasa. Dengan cara ini, telur tidak akan menetas dan kumbang beras akan mati. Selain itu, kumbang beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.

Foto: Illustrasi

9.SIMPAN BERAS DENGAN BETUL

Pastikan anda mempraktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan ancaman bubuk atau kumbang beras ini. Bagi yang ada alahan, gigitannya boleh menyebabkan masalah kulit. Kalau jarang memasak, beli pek kecil saja. Atau, anda boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam peti sejuk beku. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan. Mudah bukan?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *