Cari...

Gaya Hidup Living Tips Menarik

8 Tips Bijak Penjimatan Penggunaan Elektrik Di Rumah

Kongsi

Tips bijak pengunaan elektrik dirumah. Semua orang menggunakan peralatan elektrik di rumah. Malah sekarang, bertambah banyak lagi alatan-alatan yang menggunakan tenaga elektrik yang boleh meningkatkan bil elektrik rumah anda. Di sini ada 8 tips bijak untuk anda supaya dapat menjimatkan elektrik dengan pengunaan barangan elektrik secara rendah.

Bagaimanakah cara untuk melakukannya?

Di bawah ini ada 8 tips bijak bagaimana cara ia dapat dilakukan.

1. Gunakan teknologi inverter

Foto: sumeks.co.id

Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah perlu dilengkapi dengan teknologi inverter ini.

Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”

Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual.

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik

Foto: desainrumahid.com

Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:

  • pemasak nasi elektrik
  • cerek air elektrik
  • water dispense

Bagi tujuan memasak, gunalah bahan api. Gunalah dapur gas untuk memasak air dan masak nasi menggunakan periuk dapur yang menggunakan bahan api. Barangan elektrik berasaskan pemanasan boleh membuat bil elektrik anda melambung. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi sudah memadai.

Baca juga  Ribuan Orang Mengimplan Micro Chip Ke Dalam Badan Untuk Hidup Senang

4. Menggunakan lampu LED

Foto: elektroarea.blogspot.com

Kesemua lampu yang dipasang di rumah harus diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik

Foto: buzzle.com

Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang diguna pakai.

Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung

tips bijak
Foto: majalahperdana.com

Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.

Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah

tips bijak
Foto: majalahperdana.com

Antara hobi yang bagus untuk alam sekitar adalah menanam pokok. Anda boleh menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah. Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah biasanya berada pada suhu yang rendah.

Oleh itu, kita jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.

Baca juga  Sembelit Baik Dirawat Dengan Cara Yang Betul

Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah, maka anda sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.

8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.

tips bijak
Foto: ummi-iman.blogspot.com

Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.

Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.

Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

Sumber: majalahperdana.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *