Connect with us

8 Cara Untuk Menghalau Kumbang Beras Secara Berkesan

Living

8 Cara Untuk Menghalau Kumbang Beras Secara Berkesan

Kalau beli beras

Kumbang beras, bubuk atau ‘grain weevil’ ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya yang dah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah. Maka, tidak hairanlah ia boleh berada dalam pek beras atau tepung yang baru kita beli di pasaraya.

Jika dibiarkan kumbang ini ‘bersarang’ dalam bekas atau plastik simpanan beras, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Maka dengan itu, kita perlulah mengusirnya seawal mungkin apabila ternampak ‘kelibat’ kumbang beras ini.

Berikut adalah 8 cara hilangkan kumbang beras yang boleh anda lakukan di rumah.

1. DAUN LIMAU PURUT

Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kumbang beras amat tidak selesa dengannya.

Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kumbang beras dapat diusir dengan cepat!

2. ASAM KEPING

Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kumbang beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kumbang beras berasa tidak nyaman.

Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.

3. DAUN PANDAN
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kumbang beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda.

Anda juga boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

hilangkan kumbang beras

Baca juga  Seorang Pelajar Menjadi Mangsa Digilis Bas Sekolah Meninggal Dunia

4. CILI KERING
Antara cara hilangkan kumbang beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda.

Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan kumbang beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.

5. KULIT KAYU MANIS
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda.

6. JEMUR BAWAH MATAHARI
Jika anda mendapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini.

Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kumbang beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.

Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kumbang beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.

cara hilangkan kumbang beras

7. GUNAKAN KAIN LEMBAP
Salah satu cara hilangkan kumbang beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kumbang-kumbang akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kumbang sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kumbang tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kumbang beras.

Anda juga boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.

 

8. MASUKKAN BERAS DALAM ‘FREEZER’
Kadangkala ada yang stres kerana kumbang beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kumbang yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.

Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.

Baca juga  Lelaki Ini Mampu Membina Sebuah Hutan Nusantara

Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kumbang beras pun akan mati. Selain itu, kumbang beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.

 

SIMPAN BERAS DENGAN BETUL
Pastikan anda mempraktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan ancaman bubuk atau kumbang beras ini. Bagi yang alah, gigitannya boleh menyebabkan masalah kulit hingga berminggu-minggu lamanya.

Kalau tak selalu memasak, beli pek kecil saja. Atau, anda boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan. Mudah bukan?

Sumber: jamtanganmerah.com

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Living

Ke Atas
loading...
loading...