Cari...

Gaya Hidup Hubungan

7 Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

Kongsi

Kebanyakkan lelaki sangat menyukai wanita yang mempunyai beberapa sifat yang boleh menyebabkan mereka jatuh cinta. Disini ada 7 ciri-ciri sifat wanita yang digemari oleh lelaki.

Sifat yang tidak mudah melenting

Setiap permasalahan yang berlaku terhadap hubungan kamu tidak seharusnya diselesaikan dengan kemarahan atau menuding jari. Lelaki lebih suka jika permasalahan boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan tidak terburu-buru.

Hal ini kerana dengan kemarahan anda, akan membuatkan lelaki cepat berasa bosan dan boleh jadi si dia akan mencari orang lain yang lebih memahami diri mereka.

Sifat memahami

Lelaki lebih suka wanita yang memahami tentang diri mereka, hobi, keperluan dan kehendak mereka. Hal ini akan membuatkan mereka lebih selesa dengan diri anda. Sudah tentunya anda akan lebih disayangi dan dicintai.

Sifat prihatin

Walaupun lelaki tidak selalu menyatakan sifat yang disukainya, ternyata sikap prihatin adalah sikap yang paling disukainya. Lelaki akan merasai anda seorang yang sangat penting bagi hidupnya jika anda memberi lebih perhatian terhadapnya.

Sifat tidak mudah cemburu

Perasaan cemburu sememangnya mesti ada pada setiap pasangan namun cemburu yang keterlaluan akan merimaskan perhubungan anda. Jadi adalah lebih baik untuk berasa kurang cemburu dan memberikan sedikit kepercayaan dalam hubungan anda.

Hal ini kerana setiap orang mempunyai sebab tertentu dalam hubungan kawan pejabat atau kawan perempuan yang kadang kala tiada mempunyai perasaan yang lebih melainkan hanya teman biasa.

Namun, perasaan cemburu juga merupakan salah satu sikap yang datang bila perasaan cinta dan sayang.

Sifat menyukai anak-anak

Bagi wanita yang mempunyai sifat yang menyukai anak-anak, anda sangat bertuah. Hal ini kerana lelaki sangat menyukai wanita yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Masa depan juga sangat cerah dalam hidup berkeluarga yang sangat dititik beratkan oleh kaum lelaki.

Baca juga  Tahukah Anda, Bersedih Terlalu Lama Mampu Menurunkan Berat Badan

Sifat tidak kasar

Percayalah, kecantikan diri wanita itu semakin pudar dimata lelaki jika wanita itu bertutur kasar, dan berkelakuan kasar. Perkara ini tidak baik dalam perhubungan malah boleh melukakan hati dan perasaan lelaki itu.

Sifat baik dan bijak

Siapa yang tidak menyukai pasangan yang baik dan juga bijak? Semestinya mereka sangat bangga jika anda mempunyai sifat baik dan bijak untuk ditunjukkan kepada keluarga mereka. Malah sifat baik ini akan membawa kebaikan dalam meneruskan hari-hari yang bakal ditempuhi dalam kehidupan seharian.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *