Cari...

Kecantikkan Tips Menarik

Hilangkan Misai Wanita Pada Wajah

Kongsi

Bagaimana hendak hilangkan misai wanita? Mempunyai misai bukanlah sesuatu yang pelik, jika ianya tumbuh pada kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula jika tumbuh pada kaum wanita? 7 petua hilangkan misai wanita pada wajah akan dikongsikan sebentar nanti.

Sebenarnya, ramai wanita yang mengalami masalah ini, namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hendak dicukur takut berdosa pula. Bukan semua wanita rasa selesa memiliki misai, ada diantara mereka merasa rendah diri apabila berhadapan orang ramai kerana diejek memiliki misai persis seorang lelaki.

hilangkan misai
Foto: geekintherainbow.blogspot.com

7 Petua Hilangkan Misai Wanita Serta Bulu Pada Wajah

Ini 7 petua hilangkan misai wanita serta bulu-bulu halus pada wajah yang tidak diingini.

1. Susu Kunyit

Caranya: Campur sesudu serbuk kunyit dan sesudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas. Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.

2. Putih Telur

Caranya: Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.

3. Tepung Jagung

Caranya: Campurkan 10 ml jus lemon, 150 ml air, bersama 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat. Sapukan pes ini pada bahagian wajah anda dan biarkan ia mengering sekitar 15 minit. Tanggalkan pes itu dengan menarik ‘kulitnya’ perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.

4. Betik

Caranya: Lenyekkan setengah biji betik masak sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu basuhkan muka dan ulangi beberapa kali.

5. Tepung Beras

Caranya: Gaul setengah sudu tepung beras bersama satu sudu yogurt. Sapu pes pada atas bibir dan biarkan kering. Urut perlahan-lahan sehingga hilang pes. Lakukan dua kali seminggu.

Baca juga  Tanpa Kad ATM Anda Boleh Mengeluarkan Wang

6. Pisang

Caranya: Lecek sebiji pisang. Sesudah itu, masukkan dua sudu oatmeal. Gaul dan sapu pada atas bibir. Sambil itu urut perlahan-lahan selama 12 hingga 15 minit. Lakukan dua kali seminggu. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

7. Gula

Caranya: Panaskan beberapa sudu gula dalam kuali selama satu minit. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul hingga menjadi pekat. Sejukkan dan sapu pada atas bibir. Kemudian ambil kain kering dan letak pada larutan pekat tadi. Urut perlahan-lahan dan tarik kain mengikut arah lawan bulu tumbuh.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan madu asli untuk disapu pada wajah. Ia dipercayai dapat memberi kesan yang sama.

Sesuai untuk semua wanita!

Semua petua hilangkan misai wanita ini tidak memberi kemudaratan pada kulit, lebih-lebih lagi yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga mampu membuang bulu lebihan yang tidak diperlukan. Sekian petikan dari siraplimau.com

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *