Cari...

Islamik

Antara 7 Nikmat Yang Di Lupakan Oleh Manusia

Kongsi

Tahukah anda nikmat yang dilupakan oleh manusia? Kita selalu lalai dalam menjalani kehidupan seharian sehingga kita lupa bahawa nikmat yang di berikan oleh Allah. Allah sentiasa memberi nikmat kepada hambanya, iaitu nikmat kehidupan, nikmat berkasih sayang, nikmat mendapat ilmu pengetahuan, nikmat dalam mencari rezeki, nikmat hidup bermasyarakat, nikmat beribadah, dan nikmat akhirat yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk di muka bumi.

7 Nikmat yang dilupakan

1. Nikmat Hidup

nikmat yang dilupakan
Foto: Fimela.com

Kita harus bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia ini. Jika tidak, kita tidak tahu bagaimana rasa hidup di dunia seperti bayi-bayi yang di buang merata tempat. Walaupun kehidupan mereka singkat, namun di Syurga, mereka sering tertanya-tanya nikmat hidup di dunia. Inilah antara nikmat yang dilupakan oeh manusia.

2. Nikmat Cinta

nikmat yang dilupakan
Foto: Harian Nasional

Allah telah memberikan rasa berkasih sayang sesama makhluk, sebab itu apabila kita melihat anak itik, anak ayam, anak kucing, anak anjing dan sebagainya. Mesti kita akan rasa terharu melihat gelagat comel haiwan-haiwan tersebut. Itulah perasaan cintakan alam semula jadi. Mencintai kurniaan tuhan. Mensyukuri adanya makhluk lain disisi kita. Tidak perlu pergi ke planet lain untuk mencari makhluk lain, di bumi saja masih banyak haiwan pelik yang belum dijumpai. Cintailah pasangan anda kerana Allah.

3. Nikmat Ilmu

nikmat yang dilupakan
Foto: Meraih Ilmu Syar’i

Manusia sering lupa bahawa semua ilmu pengetahuan itu berasal daripada Allah. Allah lah yang mengajar Nabi Adam nama-nama benda semasa hayatnya masih di syurga. Maka, dari mana kita belajar mengkaji semua kejadian alam ini? Semua kajian sains yang dijalankan akan menjurus menuju kepada Maha Pencipta. Siapakah yang mencipta sekecil-kecil atom itu sehingga berkembang? Nikmat ilmu yang selalu dilupakan oleh manusia.

Baca juga  Corak Inai 'DreamCatcher' Boleh Merosakkan Akidah

4. Nikmat Rezeki

Foto: Detik Islam

Kita selalu dilimpahkan rezeki oleh Allah sama ada anda menyedarinya atau tidak. Kadang kala kita diberi rezeki berupa anak, rezeki masa untuk berjumpa dengan orang yang tersayang, rezeki kebahagiaan rumah tangga, rezeki mengeratkan silaturrahim sesama manusia tak kira agama, dan banyak rezeki lainnya selain daripada wang semata-mata.

5. Nikmat Bermasyarakat

nikmat yang dilupakan
Foto: Presiden Republik Indonesia

Dalam bermasyarakat, kita harus bersyukur kerana kita hidup didalam keadaan yang harmoni. Tanpa masyarakat, tiada siapa yang akan menghantar anda jika anda mengalami kemalangan jalan raya. Tanpa masyarakat, siapa nak jaga kita dihospital kalau bukan nurse dan doktor. Tanpa masyarakat, siapa yang akan memimpin kita ke jalan yang benar? Pilihlah masyarakat yang jiwanya mengagungkan Al-Quran, Sunnah Rasul, dan jalan menuju ke jalan Allah.

6. Nikmat Ibadah

nikmat yang dilupakan
Foto: Hamalatul Quran

Nikmat ibadah sukar sekali untuk mendapatkannya. Hal ini kerana orang yang dapat nikmat ini merupakan orang yang memerangi nafsunya sendiri. Sesungguhnya nafsu dan syaitan adalah musuh no1 manusia. Oleh itu, orang yang sentiasa memperbaiki dirinya sendiri akan merasa nikmat ibadah ini. Hatinya akan terbuka untuk menjalani perintah Allah.

7. Nikmat Akhirat

nikmat yang dilupakan
Foto: BinMuhammad

Hanya orang-orang yang soleh ingat akan tentang hari akhirat. Hal ini kerana, mereka yakin bahaya apa yang disampaikan oleh rasul Allah itu benar. Mati itu benar. Semua orang pasti akan merasai mati. Oleh itu, nikmat akhirat ini adalah diberikan kepada orang yang beramal soleh seperti menjaga solatnya, menjaga puasanya, menjaga kedua ibubapanya, menjaga hati orang tua, menjaga hati orang sekeliling, merendah diri dan lain-lain.

Sekian, itu sahaja.

Penulis asal: Adenan Bin Alimin

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *