Cari...

Gaya Hidup Info Menarik

6 Tanda Anda Mengalami Penyakit Emosi

Kongsi

Sebagai amnusia yang normal, kita akan memiliki memiliki 6 perasaan seperti gembira, marah, sedih, risau, gelisah, dan takut.

Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa jika anda mengalami masalah mengawal perasaan, dan ianya berlarutan sehingga seharian, itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

Berikut merupakan 6 emosi dan perasaan yang dialami oleh manusia :

Foto: blogtasiknature.com

1. Gembira dan kegirangan

Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

2. Gelisah dan resah

Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

3. Risau

Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi (haid) tidak teratur.

4. Sedih dan pilu

Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

5. Takut

Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.

6. Marah

Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Baca juga  Jangan Pamerkan Kemesraan Jika Niat Hanya Ingin Menunjuk

Jika anda mempunyai 6 masalah jiwa diatas, cuba buat sesuatu untuk mengubati perasaan anda. Kawal perasaan dan emosi anda, dan jangan biarkan emosi mengawal anda kerana kelak buruk padahnya. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *