Cari...

Gaya Hidup Hubungan Kesihatan

6 Manfaat Suami Isteri Apabila Mandi Bersama

Kongsi

Ramai pasangan yang barkahwin kadang kala malu untuk mandi bersama. Namun, tahukah anda apabila mandi bersama banyak manfaatnya dalam membina perhubungan erat sesama pasangan?

Setiap pasangan yang telah berkahwin janganlah malu untuk mandi bersama walaupun sudah meningkat usia. Sama ada baru saja berkahwin atau sudah bertahun lamanya, itu semua bukan alasan untuk mandi bersama kerana ianya juga dituntut oleh Islam.

Sekiranya anda dan pasangan belum pernah mandi bersama selama ini, mulai sekarang bolehlah mulakannya. Ketika bersama mandi anda pasti akan saling gosok-mengosok, jirus menjirus dan seterusnya, ianya sesuai dijadikan amalan yang akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Mengapa Digalakkan Suami Isteri Mandi Bersama

Sebenarnya, amalan ini adalah merupakan Sunnah Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Banyak kebaikannya dan kelebihan apabila suami isteri mengamalkan perkara ini seperti yang disarankan oleh Nabi kita.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

“Daripada Aisyah R.A berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)”

 (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian. Bukan itu sahaja, suami isteri juga banyak dapat banyak manfaat bila mandi bersama-sama.

Antara kelebihan suami isteri mandi bersama pasangan:

1. Mampu Mengeratkan Hubungan

Mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri. Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti yang meningkatkan kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.

Baca juga  Hancur Hati Kerana Cinta, Ini Cara Untuk Mengatasinya

Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498).

2. Waktu Romantik Dan Bersenda Gurau

Sementara mandi dengan pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda dan berseronok. Rasulullah (SAW) sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

3. Mampu Meredakan Stress

Amalan mandi bersama pasangan secara tidak langsung menjadi satu terapi yang mampu menghilangkan stress. Ia mampu memberi ketenangan dan kegembiraan buat suami isteri. Apabila gembira bersama pasangan di dalam bilik mandi, segala masalah mampu dihilangkan buat seketika.

4. Meningkatkan Keyakinan Diri

Saling bersentuhan ketika mandi, menerima setiap kelebihan dan kekurangan tubuh pasangan mampu meningkatkan lagi keyakinan diri suami isteri. Bahkan ia akan mewujudkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasih sayang kepada suami.

5. Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Semasa mandi bersama, denyutan jantung akan bergerak lebih pantas sekaligus ia merupakan ‘senaman’ yang mampu menyihatkan jantung buat anda suami isteri. Ransangan bersama suami isteri dapat melancarkan pengaliran darah.

6. Pembersihan Diri Secara Optimum

Mandi bersama dapat membersihkan tubuh diri dan pasangan secara optimum. Contohnya menggosok sel-sel kulit mati pada bahagian belakang badan yang selama ini sukar dilakukan jika mandi sendirian. Maka, apabila berganti-ganti dalam membersihkan bahagian yang sukar dicapai mampu membersihkan badan secara menyeluruh.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *