Cari...

Kecantikkan

6 Khasiat Kentang Untuk Kulit Wajah

Kongsi
khasiat kentang

Ramai yang tidak tahu khasiat kentang untuk kulit wajah. Bukan hanya untuk dimakan, malah ia baik untuk kecantikkan kulit. Hal ini kerana ia mengandungi vitamin B, vitamin A, vitamin C, kalsium, fosfor, patasium, zat besi, protein dan serat.

Vitamin B dan vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kulit supaya kulit menjadi tegang. Dan unsur ini sangat diperlukan untuk kecantikkan kulit. Mari kita lihat khasiat-khasiat yang dapat diperolehi dari kentang untuk kecantikkan kulit wajah.

1. Anti-Penuaan

khasiat kentang
Foto: wanista.com

Kentang adalah bahan semulajadi yang baik untuk membantu mencegah penuaan. Dengan memanfaatkan kentang, anda dapat merawat kedut-kedutan pada kulit. Selain itu, penggunaan kentang juga dapat membuat kulit anda lembut dan bersinar.

2. Membasmi Jerawat

khasiat kentang
Foto: themoondoggies.com

Bagi orang yang ada masalah jerawat, anda boleh menggunakan kentang untuk mengatasi masalah ini. Kandungan mineral di dalam kentang berperanan sebagai antibiotik secara semulajadi. Kandungan vitamin C dalam kentang juga berperanan sebagai anti oksidan yang boleh mencegah kerosakkan sel kulit sehingga mampu menyembuh sel-sel kulit disebabkan jerawat.

3. Menjadikan Kulit Lebih Cerah

khasiat kentang
Foto: journal.sociolla.com

Vitamin C yang terdapat didalam kentang bermanfaat sebagai antioksidan yang membantu untuk mencerahkan kulit. Kulit yang cerah dan bermaya bermaksud cukup kandungan mineral yang diperlukan oleh sel-sel kulit.

4. Membuang Sel Kulit Mati

Foto: google.com

Kentang juga boleh dibuat scrub dan digosokkan pada kulit wajah secara lembut. Ia mampu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Biarkan scrub kentang pada kulit untuk beberapa minit, kemudian bilas dengan air. Wajah anda akan terasa lebih bersih dan nampak lebih cerah.

5. Meredakan Kantung Mata

Foto: euroskinlab.com

Kantung mata ini selalu terjadi apabila tidak mendapat tidur yang mencukupi. Kadang kala ada lingkaran hitam pada keliling mata yang membuatkan kita tidak berkeyakinan. Dengan menggunakan hirisan kentang yang sudah dikupas, ia mampu untuk menghilangkan lingkaran hitam tersebut. Letakkan hirisan kentang diatas mata dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu, bilas dengan air. Mata anda akan berasa lebih segar dan lingkaran hitam akan mula hilang sedikit demi sedikit.

Baca juga  Orang Yang Mempunyai Dagu Terbelah Merupakan Pakar Mengurat

6. Menghilangkan Bintik Hitam

Foto: hellosehat.com

Khasiat kentang juga baik untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah. Bintik-bintik hitam isi selalunya timbul disebabkan sering berada dibawah sinaran matahari. Dengan khasiat kentang, bintik-bintik hitam ini dapat dirawat dengan mudah. Kentang yang telah dihaluskan boleh dijadikan topeng muka dan urut dengan lembut di bahagian muka yang ada bintik hitam. Lakukan secara rutin harian supaya dapat hasil yang baik.

Cara Memanfaatkan Kentang Untuk Perawatan Wajah & Kulit

Untuk mendapatkan khasiat kentang merawat wajah, ada beberapa cara yang dapat dilakukan seperti berikut:

1. Hirisan Kentang

Kupas kentang dan hiris dengan hirisan kecil-kecil. Hirisan halus dapat dimanfaatkan untuk di bahagian mata.

2. Kentang Hancur

Potong kentang tersebut kecil-kecil dan di blender sehingga halus. Ia dapat dibuat topeng muka. Boleh juga di campur dengan bahan lain seperti putih telur, madu, lemon dan zaitun. Campuran ini baik untuk kulit wajah anda.

3. Kentang Parut

Jika ingin membuat scrub, parut kentang tersebut sehingga halus. Hasil parut kentang yang ada sedikit kasar boleh dijadikan scrub wajah malah boleh untuk kulit tubuh juga.

Sumber: hariangadis.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *