Cari...

Hubungan

5 Tanda Anda Sudah Curang Dengan Pasangan

Kongsi

Tahukah apa tanda anda sudah curang dengan pasangan anda? Masa mula-mula bercinta semuanya indah, kentut pun bau wangi. Tapi bila dah bosan dan ada yang lagi ‘best’ semuanya jadi busuk. Tanpa anda sedar, sebenarnya anda sudah curang dengan pasangan anda. Jangan nak menidakkan pulak. Kalau kena dekat batang hidung sendiri baru la korang tahu.

Apabila pasangan kita susah berubah hati biasanya akan mempengaruhi tingkahlakunya terhadap pasangan. Contohnya, bila anda bersamanya. Anda mungkin perasan si dia tidak lagi ramah seperti dahulu, si dia lebih banyak masa dengan telefon bimbitnya, tidak lagi fokus dengan apa yang sedang anda berdua bincangkan, seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya, mungkin si dia sedang memikirkan seseorang,

Tanda Anda Sudah Curang

Apabila diajak keluar, si dia sering menolak dan memberi pelbagai alasan. Alasan-alasan yang tidak munasabah seperti sakit perut, tak cukup duit sedangkan anda menawarkan diri untuk mengeluarkan belanja tetapi si dia tetap menolak. Itu tandanya si dia benar-benar ingin menjauhkan diri dari anda. Kemungkinan juga si dia sudah bersedia untuk meninggalkan anda.

Jom periksa tanda-tanda di bawah ini yang sebenarnya anda lakukan.

1. Menggatal di pejabat

Orang pergi kerja cari rezeki tapi ada yang menggatal. Jika anda rasa menggatal di pejabat tu perkara biasa, cuba fikirkan semula. Mungkin niat anda sekadar suka-suka, tapi dari situlah timbulnya rasa cinta.

2. Selalu borak dengan rakan berlainan jantina

Tak salah nak ada rakan berlainan jantina, tapi kalau sampai tahap semua cerita anda kongsikan sampaikan hal rumah tangga pun nak share, perkara lain boleh jadi. Dari teman rapat, boleh bertukar kepada ‘kekasih gelap’.

Baca juga  Gangguan Emosi Merupakan Satu Penyakit Yang Merbahaya

3. Bersosial dengan rakan berlainan jantina

Ramai yang anggap keluar dengan rakan berlainan jantina tu perkara biasa, sampai rahsiakan atau tipu pasangan semata-mata nak keluar dengan rakan anda tu. Mungkin anda takut pasangan anda cemburu, tapi kalau si dia buat benda yang sama, anda boleh terima ke?

4. Cerita keburukan pasangan

Bila dah sampai tahap ceritakan keburukan pasangan ada rakan berlainan jantina pun dah kira curang. Bukan ke anda patut jaga aib pasangan?

5. Suka sangat dengan online chatting

Menurut kajian dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, online chatting merupakan punca utama kepada masalah dalam sebuah hubungan. Dengan chat biasa-biasa lalu menjadi chat yang luar biasa.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *