Cari...

Gaya Hidup

5 Sebab Lelaki Takut Kahwin Dengan Wanita Cantik

Kongsi

Kahwin Dengan Wanita Cantik? Segelintir daripada kalangan lelaki takut untuk kahwin dengan wanita cantik. Hal ini disebabkan fikiran negatif yang selalu datang apabila melihat wanita cantik. Kebanyakan mereka melihat wanita cantik sebagai wanita yang tidak akan dapat bertahan lama dalam perhubungan.

Definisi cantik ini sebenarnya bukan diukur daripada kesempurnaan fizikal sesorang itu namun ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya pada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai. Kecantikan seseorang wanita bukan hanya diukur pada rupa paras dan faktor luaran tetapi merangkumi kebijaksanaan dan cara mereka membawa diri menjadi figura dikagumi.

Kajian yang dilakukan oleh Anthony Little dari Universiti Stirling dan Benedict Jones dari Universiti Glasgow mendapati, lelaki lebih melihat pada sifat seorang wanita dari rupa paras mereka. Sesetengah orang beranggapan bahawa definisi cantik ini adalah mempunyai wajah yang bersih dan bentuk badan yang menarik.

Takut Kahwin Dengan Wanita Cantik

Kebanyakan lelaki melihat wanita cantik tidak mempunyai personaliti yang bagus dan disebabkan itu mereka hanya dijadikan sebagai kekasih tapi bukan sebagai isteri. Ada diantara mereka sanggup untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan alat solek selain daripada memilih baju yang ingin dipakai pada hari-hari tertentu. 

Kahwin Dengan Wanita Cantik
Foto: arah.com

Kebanyakan perempuan yang cantik ni biasanya akan menambah kecantikan mereka dengan make-up, tak kirala yang tebal ke yang sedang-sedang ke make-up nipis ke, mestilah mereka nak bersolek sikit kan? Diorang taknaklah dikatakan selekeh kan?

Kami senaraikan 5 sebab kenapa lelaki ni hanya berani bercinta dengan wanita cantik tetapi tidak untuk mengahwini mereka!

1. Wanita Cantik Pentingkan Kecantikan Berbanding Hubungan

Wanita cantik selalunya cenderung lebih penting dengan makeup, pakaian baru, beg cantik dan banyak lagi perkara yang memuaskan nafsu mereka. Kebanyakan kes, hubungan perkahwinan wanita cantik tidak kekal lama. Wanita cantik akan rasa diri mereka lemah jika ada kekurangan pada diri mereka.

Baca juga  Orang Yang Pernah Patah Hati Adalah Orang Yang Kuat

2. Lelaki Tidak Suka Berhubung Serius Dengan Wanita Cantik

Bila bersama dengan wanita cantik, banyak risikonya. Ramai lelaki akan rasa cemburu dan akan bergaduh dengan lelaki lain. Jadi, kebanyakan lelaki hanya berani gunakan wanita cantik sahaja. Mereka tidak serius jika berhubungan dengan wanita cantik kerana tahu apa yang bakal berlaku bila wanita merasa diri mereka cantik dan senang untuk dapatkan mana-mana lelaki.

3. Wanita Cantik Selalunya Dijadikan Scandal

Wanita cantik kebanyakannya gagal menjadi isteri yang baik. Jadi, lelaki hanya menjadikan wanita cantik sebagai spare tyre sahaja. Lelaki mudah tergoda dengan wanita cantik dan sanggup buat apa saja. Disebabkan itu lelaki tidak mahu terjerat. Mereka lebih rela jadikan mereka sebagai scandal sahaja dari serius kerana mereka

4. Wanita Cantik Banyak Memerlukan Wang

Jika keluar dengan wanita cantik, memang selalu memerlukan banyak wang kerana mereka suka pergi makan ke tempat yang mahal-mahal. Wanita cantik pentingkan paras rupa dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ramai lelaki tak sanggup nak serahkan duit hanya untuk mencantikkan wanita sahaja. Nak beli barang mereka sahaja sudah sekian, terima kasih.

5. Wanita Cantik Jarang Inginkan Ramai Anak

Wanita cantik tidak pernah bersedia untuk melahirkan lebih daripada seorang anak kerana takut hilang bentuk badan menarik mereka. Lelaki selalunya inginkan anak lebh dari 2 orang. Kadang kala ia adalah untuk menjamin masa depan mereka sendiri apabila sudah tua.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *