Cari...

Gaya Hidup Kesihatan Uncategorized

5 Petua Untuk Hilangkan Gatal Pada Kulit

Kongsi

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang sensitif dan tidak tahu bagaimana hendak merawatnya. Usah risau, kami ada sediakan beberapa cara yang boleh anda praktikan bagi merawat gatal-gatal pada kulit secara semulajadi dan mudah. Dengan izin Allah semua masalah gatal yang sudah lama anda hadapi akan pulih seperti sediakala.

Anda juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memulihkan masalah tersebut. Kulit gatal adalah disebabkan oleh variasi. Kebiasaannya, kulit gatal adalah punca utama gatal-gatal pada bahagian kulit adalah disebabkan oleh bakteri-bakteria yang telah berkumpul pada kulit.

Foto: Bukanaku

Mungkin tidak mudah untuk merawat dan menghilangkanrasa gatal pada kulit jika tidak kena pada caranya. Jika tersalah merawat, ia akan mengakibatkan kawasan gatal akan menjadi lebih teruk dan akan mengakibatkan jangkitan bahaya seperti ‘Dermatitis’.

Berikut merupakan 5 petua cara semulajadi yang boleh anda ikut bagi menghilangkan kegatalan pada kulit dipetik dari laman 123mamanet.com.

1. Daun salam

Bagi yang gemar memasak, mereka mungkin tahu akan kegunaan daun salam sebagai menambahkan lagi rasa sedap pada masakan. Namun ia juga sangat berkesan dalam merawat rasa gatal pada bahagian kulit.

Caranya juga sangat mudah, anda hanya perlu menghancurkan beberapa helai daun salam yang sudah dicuci dengan bersih terlebih dahulu. Setelah selesai, tempelkan pada bahagian kulit yang gatal sebanyak 3 kali sehari.

2. Garam dan minyak masak

Tahukah anda, garam dan juga minyak masak juga berkesan dalam merawat kegatalan pada bahagian kulit. Andahanya perlu mencampurkan garam halus ke dalam minyak masak. Selepas itu, sapukan saja pada kulit yang gatal.

3. Mahkota dewa

Daun mahkota dewa juga sangat bagus dalam mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuklah kulit gatal. Apa yang anda harus lakukan adalah, hancurkan daun mahkota dewa sehingga halus, dan barulah boleh disapukan pada bahagian kulit yang gatal.

Baca juga  4 Cara Asparagus Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

4. Hempedu bumi dan kunyit

Kunyit memang sudah kita ketahui khasiatnya yang banyak dan ia mampu merawat pelbagai jenis permasalahan pada kulit. Bagi menghilangkan rasa gatal pada kulit, anda boleh ambil beberapa ketul kunyit hidup dan beberapa helai daun hempedu bumi.

Bersihkan terlebih dahulu daun hempedu bumi dan kunyit tadi. Barulah anda boleh kisar ataupun tumbuk kedua bahan sehingga betul-betul lumat. Selepas itu, anda boleh lumurkan bahan tadi ke bahagian kulit anda yang gatal.

5. Minyak kelapa dara dan lemon

Sediakan sedikit air dari perahan lemon, kemudian campurkan dengan 4 sudu minyak kelapa dara. Selepas itu, barulah boleh sapukan pada bahagian kulit anda yang gatal dan biarkan semalaman.

Dengan izin Allah, semua kegatalan yang anda hadapi akan mula berkurangan. Semoga dengan perkongsian yang telah kami sediakan di atas boleh beri anda serba sedikit cara merawat masalah kegatalan pada kulit.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *