Cari...

Kecantikkan

5 Jenis Emosi Yang Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kulit Anda

Kongsi

Memiliki raut wajah yang sangat cantik dan menarik merupakan idaman seluruh wanita, namun anda harus tahu, kecantikkan itu sebenarnya sangat luas maksudnya. Setiap wanita memiliki kecantikkan asli yang tersendiri. Tahukah anda bahawa kawalan emosi sangat penting bagi kulit anda?

Mungkin anda pernah mendengar yang Individu mempunyai perwatakan suka ketawa, ceria atau selalu disebut happy go lucky, sering dikaitkan dengan wajah awet muda.

Apa kaitan sifat ceria dengan rangsangan kulit wajah?

Satu contoh, biasa tak dengar kenyataan ini:

“Amboi, bukan main berseri kau ya sejak bercinta ni”.

“Liza, sudah-sudahlah tu jangan sedih, pucat dah muka kau aku tengok”.

Menerusi contoh yang diberi, jelas menunjukkan perubahan emosi memberi kesan pada reaksi kulit.

Hal ini turut dirungkai pakar perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya yang mendapati perubahan ‘mood’ seseorang itu akan memberi kesan pada sistem imun dalam tubuh untuk melawan penyakit.

Ketahui 5 jenis emosi yang meninggalkan kesan buruk pada perubahan kulit.

1. Stres

Dalam pelbagai lapisan emosi, stres atau tekanan adalah musuh terbesar terhadap kesihatan kulit seseorang. Stres boleh menyebabkan kita kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar. Hal berkenaan disebabkan jumlah rangsangan hormon kortisol (stres) yang merebak pada saat stres.

Hormon kortisol yang merembes bebas ke segenap organ, memaksa pembuluh darah
untuk bekerja dalam tekanan dan lebih pantas berbanding kemampuannya. Stres juga membuatkan anda cepat berasa lapar dan nafsu makan melonjak!

Keghairahan makan apa saja tatkala stres boleh menjejaskan kulit wajah misalnya mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.

2. Marah

Sering dibelenggu emosi marah dapat membuat kulit lebih cepat berkedut. Kemarahan membuat otot-otot wajah menjadi tegang dan berubah menjadi kedutan.

Baca juga  Antara Kebaikan Minum Air Garam Awal Pagi

Ketika seseorang marah, hormon kortisol merembes dan menghambat prongeluaran kolagen, iaitu unsur penting dalam penyembuhan kulit. Proses pengilangan kolagen yang perlahan menyebabkan kulit lebih cepat menjadi kedut.

3. Kesedihan

Kesedihan adalah satu perasaan yang sakit untuk ditanggung. Kesedihan yang kerap dialami sehingga menimbulkan tekanan dapat menyebabkan kedutan wajah.

Kajian mendapati bahawa ekspresi wajah memberikan efek yang kuat pada kulit. Menerusi kajian yang dibukukan dalam Journal of Psychiatric Research, pesakit tekanan perasaan atau tekanan jiwa tidak berjaya diubati dengan ubat antikemurungan mahupun suntikan botox untuk mencegah kedutan wajah.

Hormon-hormon penyebab tekanan dapat mempengaruhi tidur, menyebabkan mata bengkak dan kulit kusam.

4. Malu

Rasa malu adalah isyarat yang bergerak dari otak ke kulit, ketika saraf deria neuropeptida pada kulit menerima pesanan yang menyebabkan seseorang tersipu malu.

Sistem saraf simpatik ini dapat menyebabkan kulit seseorang yang malu bertukar kemerahan.

Menurut National Rosacea Society, perubahan itu berlaku kerana kilang pembuluh darah yang dikenali sebagai rosacea membengkak.

5. Takut

Ketika seseorang berasa terancam atau ketakutan, otak akan memberi isyarat pada kelenjar supaya merembes epinefrin atau yang lebih dikenali sebagai adrenalin.

Apabila ini berlaku, degupan jantung akan bergerak pantas, malah darah yang mengalir ke otot berlaku dengan lebih cepat.

Bahan kimia yang dilepaskan ketika seseorang sedang ketakutan akan menyebabkan kulit kelihatan pucat dan kusam.

Rumusan daripada perkongsian ini, kurangkan stres tapi banyakkan bertenang dan ketawa kerana membantu anda memperoleh kulit yang sihat dan awet muda. Sekian petikan dari hijabnheels.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *