Connect with us

5 Cara Untuk Hapuskan Kegatalan Pada Kulit

Kesihatan

5 Cara Untuk Hapuskan Kegatalan Pada Kulit

5 Cara Untuk Hapuskan Kegatalan Pada Kulit

Mempunyai masalah kulit sensitif? Tidak tahu bagaimana hendak merawatnya? Jangan risau, disini ada 5 cara yang boleh anda lakukan untuk merawat gatal-gatal pada kulit secara semulajadi. Dengan izin Allah semua masalah gatal yang sudah lama anda hadapi akan pulih seperti sediakala.

Tanpa mengeluarkan wang yang banyak, anda boleh memulihkan masalah kulit gatal yang kebanyakkan disebabkan oleh variasi. Selalunya, bakteria yang terkumpul merupakan punca utama gatal-gatal. Mungkin tidak mudah untuk merawat dan menghilangkan rasa gatal pada kulit jika tidak kena pada caranya.

Berikut merupakan 5 petua cara semulajadi yang boleh anda ikut bagi menghilangkan kegatalan pada kulit dipetik dari laman bukanaku.com.

1. Daun salam
Foto: theasianparent.com

Daun salam juga sangat berkesan dalam merawat rasa gatal pada bahagian kulit. Caranya mudah, anda hanya perlu menghancurkan beberapa helai daun salam yang sudah dicuci dengan bersih dan tampalkan pada bahagian kulit yang gatal 3 kali sehari. Insyallah kegatalan akan reda dengan sendirinya.

2. Garam dan minyak masak
Foto: istockfoto.com/luchezar

Garam dan minyak masak juga berkesan untuk merawat kegatalan pada bahagian kulit. Caranya, campurkan garam halus ke dalam minyak masak dan sapukan pada kulit yang gatal itu. Biarkan sehingga rasa gatal berkurangan. Ulangi sehingga kegatalan anda pulih sepenuhnya.

3. Mahkota dewa
Foto: info-menarik.net

Daun mahkota dewa juga sangat bagus dalam mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuklah kulit gatal. Apa yang anda harus lakukan adalah, hancurkan daun mahkota dewa sehingga halus, dan sapukan pada bahagian kulit yang gatal.

4. Hempedu bumi dan kunyit
Foto: jayagrocer.com/pytomedicare.com

Kunyit mempunyai banyak khasiat dan ia mampu merawat pelbagai jenis permasalahan pada kulit. Bagi menghilangkan rasa gatal pada kulit, anda boleh ambil beberapa ketul kunyit hidup dan beberapa helai daun hempedu bumi.

Baca juga  Cara Mencegah Dan Mengatasi Penyakit Gout

Bersihkan terlebih dahulu daun hempedu bumi dan kunyit. Barulah anda boleh kisar ataupun tumbuk kedua bahan sehingga lumat. Selepas itu, anda boleh lumurkan bahan tadi ke bahagian kulit anda yang gatal. Ia juga baik untuk mencantikkan kulit anda.

5. Minyak kelapa dara dan lemon
Foto: brilio.net

Dengan sedikit air perahan lemon, kemudian campurkan dengan 4 sudu minyak kelapa dara. Selepas itu, barulah boleh sapukan pada bahagian kulit anda yang gatal dan biarkan semalaman. Dengan izin Allah, semua kegatalan yang anda hadapi akan mula berkurangan.

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kesihatan

Advertisement

Trending

Advertisement
Advertisement
loading...
Advertisement
Ke Atas