Cari...

Kecantikkan

5 Cara Terbaik Hilangkan Daki Yang Perlu Anda Tahu

Kongsi

Daki bukan saja akan berlaku pada kanak-kanak malahan pada orang dewasa juga. Jika anda mandi setiap hari sekalipun, seandainya tidak menyental atau mengosok segala kekotoran yang ada di badan lama kelamaan kekotoran itu akan bertukar menjadi daki dan nampak kehitam-hitaman.

Peluh yang banyak juga penyebab terjadinya daki. Daki selalunya terdapat di celah-celah siku, belakang tengkuk dan leher. Di celahan pelipat kaki kemungkinan akan ada. Kepentingan mandi adalah untuk membersihkan badan kita dari berbau serta segarkan badan sebelum masuk tidur. Ada yang malas untuk menggunakan sabun mandian kerana ingin mengejar masa yang terhad.

Jika perkara seperti ini di biarkan terlalu lama, daki akan terkumpul di badan dan warnanya seperti kehitam-hitaman. Sudah tentu anda tidak mahu ada daki di tubuh badan bukan? Ini ada 5 cara untuk membersihkan daki degil di bahagian badan dengan mudah dan cepat.

1. Siku

cara hilangkan daki dengan berkesan
winkgo.com

Bahagian siku adalah kawasan yang selalu terkumpulnya daki. Setiap kali ingin mandi, sebaik-baiknya gunakan kain gosok ataupun menggunakan loofah. Bagi inginkan siku kelihatan lebih cerah, anda boleh sapukan jus lemon di bahagian siku. Sel mati dan daki akan mudah tertanggal.

2. Leher

hilangkan daki lebih berkesan
liputan6.com

Selalunya bahagian belakang leher sangat jarang diberikan perhatian. Kawasan berikut adalah kawasan selalu daki terkumpul. Bahagian tengkuk juga selalu kelihatan daki degil. Harus rajin menjaga kawasan ini. Setiap kali mandi, haruslah gosok belakang leher dan tengkuk dengan menggunakan sabun mandian. Gosok sehingga daki degil hilang.

3. Telinga

nabosotechnology.com

Bahagian belakang telinga juga selalu tidak diberi perhatian. Di bahagian itu peluh-peluh selalu ada dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan peluh menjadi daki. Setiap masuk mandi, anda harus selalu mengosok di kawasan belakang telinga sehingga bersih. Selepas itu keringkan dengan sempurna bagi mengelakkannya basah. Daki juga sangat suka tumbuh di kawasan yang lembap.

Baca juga  Telan 15 Balang Nutella Setiap Bulan Demi Miliki Punggung Terbesar

4. Lutut

aktual.com

Bahagian lutut lebih kurang sama dengan bahagian siku dan ia sangat cenderung untuk nampak kehitam-hitaman. Caranya juga sama, jus lemon dan soda juga boleh memutihkan lutut sengan sempurna. Jangan lupa bersihkan pelipat kaki juga.

5. Celahan peha

woman.ng

Daki juga mudah terkumpul di celahan peha. Kawasan ini sangat tinggi kadar kelembapannya. Selalu diabaikan ketika mandi. Celahan peha juga boleh kelihatan hitam jika tidak di ambil kira tentang kebersihannya.

health.rakyatku.com

Kita harus menjaga kebersihan diri. Walaupun kita sering mandi tetapi jika kita tidak menjaga ke 5 bahagian di atas, sudah pasti anda akan rasa malu bila ada di antara kawan-kawan melihat daki di celah-celah yang tersembunyi. Daki yang terkumpul dengan begitu banyak, itulah penyebab kawasan tersebut nampak kehitaman. Jangan malas menjaga kebersihan badan, badan bersih kita pun gembira.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *